*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Wednesday, December 21, 2011

Khas UNTUK FADZILAH HASMA~

Assalamualaikum...



Fadz, this is for you~




Sama x??? Haha...ada adjustment sikit...

hope you like it~

Tuesday, December 20, 2011

KETAGIHAN MAGGI ~


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Wednesday, December 14, 2011

TAKUT?

Assalamualaikum...


Aku tertarik dengan entry Tun Dr Mahathir Mohamad (Sebuah Arkib Kepada Catatan Bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-4) kita yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 1981 hingga tahun 2003 dalam arkibnya yang bertajuk Takut. Mudah aje hal yang dibicarakan... Tapi cukup untuk buat kita berfikir~ 


Kalau nak baca,tekan sini....
Atau boleh juga kalau nak tekan sini...


                               zaman handsome dulu-dulu >>>>>>>>>>>>>>>>>

LUKIS guna EXCEL???

Assalamualaikum...

Yerp! EXCEL boleh digunakan untuk melukis...Aku pun baru tahu lepas baca blog CKINSITE ni.... Dari blog ckin, aku ke blog YOUNIQUE NURDANI pulak untuk belajar lebih lanjut... Jadi, korang pun masuk la blog diorang ni kalau nak belajar... Aku tak sempat nak ajar... Aku cuma sempat share doodle yang aku buat aje~ MY FIRST DOODLE too ckin.... (^_^)



  

** TAK ACI~ doodle muka mizah lagi comel~ (mizah tu kali kedua buat...Memang la lebih comel -- dah pandai katakan...) haha...

ok, sekian....

Saturday, December 10, 2011

♡ Nur Hijrah ♡

Assalamualaikum...

Aku ada cakap dalam entry yang lepas yang aku nak buat entry tentang Sham Kamikaze kan...?! Sebenarnya bukanlah 100% tentang dia... Entry ni lebih berfokus kepada intipati Program "Hijrah Itu Indah" yang diadakan di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM pada pukul 8.00 malam bertarikh pada 6 Disember 2011. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di sebelah ni, ahli panel dan moderator jemputan adalah IMAM MUDA NAZRUL IZWAN, SHAM KAMIKAZE dan juga USTAZ MUHAMAD SYAARI. Program ni pada awalnya nampak macam kurang mendapat sambutan sebab sebelum ni dah diadakan di kolej serumpun. Tapi lepas seketika program bermula, auditorium mula dipenuhi, malah ada pelajar yang tak dapat tempat duduk.

JOM kita kenal-kenal sikit dengan IMAM MUDA NAZRUL IZWAN ni::

Location
Birthday
June 20, 1985
About
Imam Muda Nazrul Izwan, dilahirkan di Johor, bertugas sebagai Guru Besar di Sek. Ren. Agama Rakyat Nur As Syahadah,Taman Terus Maju, Sitiawan, Perak D.R.
Biography
Seorang anak kelahiran Segamat, Johor..

Nama penuh beliau ialah Nazrul Izwan bin Zolkiflee..

Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam dan Dakwah..

Kini, beliau merupakan seorang Guru Besar di Sekolah Rendah Agama Rakyat Nur Al-Syahadah, Taman Terus Maju di Perak..

Beliau seorang yang peramah dan bertanggungjawab kepada masyarakat, hal ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai Rukun Tetangga bagi Seri Manjung IV (Fasa 3C)..

Beliau juga sering menjadi Imam bagi surau serta masjid di sekitar Seri Manjung umumnya..

Beliau juga sentiasa memenuhi jemputan ceramah motivasi, kelas pengajian Al-Quran, ceramah umum yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, pengerusi majlis, pengacara majlis..

dari Perak sehingga ke seluruh Malaysia, beliau sentiasa berusaha memenuhi setiap jemputan yang dikemukakan..

subhanallah, semoga Allah tetapkan hatinya di jalan keredhaan-Nya, amin ya Rabb..

ingin mengetahui siapakah Imam Muda Nazrul Izwan selanjutnya? sila ikuti page ini dari semasa ke semasa, insya Allah, amin ya Rabb..

berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara..wallahua'lam..
Awards
Juara Marhaban Solo di Astro 2010.
Gender
Male
Personal Information
Utk sebarang jemputan drp sahabat sekalian, boleh hubungi no dibwh.
No. PA IM Nazrul --> 017-5856047

"Gunakan kesempatan & saluran yg ada utk amal kebaikan."
"Dari anda utk anda sendiri."

^_^
Email
imammudanazrul@gmail.com
Website



JOM kita kenal-kenal pula dengan SHAM KAMIKAZE::

Hometown
Kuala Lumpur
Record Label
Gothic Records Sdn Bhd
About
* Pendakwah * Music Director * Guitar Player * Producer * Arranger * Composer * Director of Studio 21 and Gothic Records * Fender Ambassador of Malaysia * Follow me on Twitter @ShamKamikaze*
Biography
Shamril Salleh, or better known as Sham Kamikaze, is no stranger to fans of local rock music. The respected guitarist who founded Kamikaze is not just an artiste but also a music producer, composer, arranger and guitar sessionist.

Sham Kamikaze is well established as Malaysia's top rock guitarist. Born in 1976 into a musical family, he was exposed to many kinds of musical genres from a very early age. He began learning guitar at age 12 and was playing in bands by age 14.

As a young guitarist, Sham continually honed his skills and backed major artists in and beyond Malaysia for many years; he also took a teaching position at the Guitar Institute of Malaysia in Kuala Lumpur. He formed Kamikaze in 1999 and recorded three albums - Kontroversi, Inspirasi and 3. All were nominated for Anugerah Industri Muzik - Malaysia's music industry awards ceremony, equivalent to the U.S. Grammy - as Best Rock Album of 2001, with Inspirasi winning the award. Sham has performed with musicians such as Andy Timmons, Neil Zaza and T.M. Stevens, and opened for the Joe Satriani/Steve Vai/Eric Johnson G3 tour in 2000.
Gender
Male
Current Location
Kuala Lumpur
Website



(~ Ya, memang aku copy paste je info mereka dari muka buku mereka~)


(~ Gambar ni juga diambil dari mukabuku... Dari kanan, IM NAZRUL IZWAN, UST MUHAMAD SYAARI, Pengetua KOLEJ SEPULUH, UPM, dan SHAM KAMIKAZE ~)

Okey... MESTI SEMUA ORANG KENAL siapa mereka-mereka ni kan~ Jadi, jom kita teruskan ke initipati program ni. Kalau baca coretan aku ni, mungkin agak membosankan... Tapi seriously memang tak bosan dengar mereka-mereka ni bercakap. JOM SAMA-SAMA MENUNTUT ILMU yep!



** Anda juga boleh jenguk blog BINGKISAN CAHAYA untuk baca lagi apa-apa info tambahan tentang program ni.

Thursday, December 8, 2011

DUNIA AKHIR ZAMAN~

Jom hayati SURAH AL-FATIHAH~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS.
IAITU JALAN ORANG-ORANG YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA, BUKAN (JALAN) ORANG-ORANG YANG ENGKAU TELAH MURKAI, DAN BUKAN PULA (JALAN) ORANG-ORANG YANG SESAT.

Ya Allah,
Janganlah kau pesongkan akidah kami walaupun sedikit Ya Allah!
Sesungguhnya azab seksa neraka-Mu itu amat berat untuk kami hadapi Ya Allah...
Kau matikanlah kami DALAM IMAN YA ALLAH.

Ingatlah wahai umat Islam, umat akhir zaman~!
HANYA ALLAH tempat kita berlindung.
HANYA ALLAH tempat kita memohon pertolongan.
HANYA ALLAH yang layak kita sembah.
Janganlah kita sembah yang selain daripada ALLAH~!
Ya Allah,
Kuatkanlah iman kami dalam menghadapi dugaan dunia akhir zaman ini Ya Allah...

Ingatlah wahai UMAT ISLAM,
AGAMA ISLAM ni dah cukup SEMPURNA SEMUANYA!
Apa lagi yang kita cari???!!
SANGGUP ke hadapi azab seksa di alam akhirat nanti?
Seronok sangat ke jadi syaitan?

[Surah As-Sajda ayat 12]
Dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya akan segala yang kami ingkari dahulu, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Di akhirat nanti, SEGALA PENYESALAN DAN TAUBAT kita takkan diterima lagi dah wahai sahabat-sahabat sekalian. Menyesal dah tak guna. Kalau nak juga 'NIKMAT DI DUNIA', tanggung la AZAB DIAKHIRAT! Takkan ada yang dapat tolong, takkan ada yang nak tolong pun! Rayuan takkan dilayan, menangis keluar biji mata terus pun dah tak ada makna waktu itu!

[Surah Al-Waqiah ayat 51-60]
[Surah Al-Muddathir ayat 26-30]


Takutlah kamu akan ALLAH YANG MAHA AGUNG, YANG MAHA BERKUASA, YANG MAHA ESA!

Bertaubatlah kamu, sesungguhnya taubatmu tak akan diterima lagi setelah terbitnya matahari di sebelah barat. Beribadatlah kamu seolah-olah esok kamu akan mati/hari akan kiamat. 


Rasulullah S.A.W begitu sayang pada kita, sampaikan sebelum baginda wafat pun baginda masih menyebut tentang kita. Kenapa kita sanggup buat macam ni? Mesti tak tertanggung kesedihan baginda bila melihat umat yang baginda sayang ni jadi macam ni. Nau'zubillah min zalik. Ya Allah, jauhkanlah aku dari menjadi salah seorang yang Engkau murkai, Ya Allah... 

Wallahua'lam~


**aku tak la alim, tapi apa yang mampu aku buat, aku buat. kalau ada kesalahan, tolong betulkan.
**entry ni khas untuk memperingati anda dan juga diri aku sendiri yang lemah lagi hina ni... =(

Tuesday, December 6, 2011

"NUR KASIH" bukan "Filem Nur Kasih"...

Assalamualaikum...

Aku menulis coretan kali ni dalam keadaan yang agak tertekan... Banyak assignmentz, tutorialz, projekz yang harus disiapkan ("tapi nape ko sempat lagi update blog?!", aku bermonolog dalaman.). Sambil aku buat assignment ni, aku dengar la lagu-lagu yang ada dalam senarai KM Player aku nih... Lagu pertama yang dimainkan ialah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan SLAM, iaitu lagu NUR KASIH (sebab tu tajuk entry ni macam tu~). 


Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari


Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta

1
Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian

2
Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku

( ulang 1, 2 )

Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama

Okey, tu la lirik untuk lagu tersebut... Erm, disebabkan tension, aku dengar la lagu tu kuat-kuat... Bila tiba part muziknya, (part gitar elektrik dimainkan), aku terfikir "Bestnya kalau aku boleh main gitar terer macam ni disaat ini!". TAPI, tiba-tiba aku diingatkan Allah s.w.t tentang Sham Kamikaze. Pasti anda tahu siapa dia kan! Ya, artis terkenal jugak lar dia ni, tapi sekarang dah bertaubat, dah tak masuk sangat dah dalam dunia hiburan yang penuh kemaksiatan tu.

Sedangkan dia cuba lari dari dunia tu, aku ni boleh pulak teringin nak masuk? Adalah lebih bagus jika aku beristighfar daripada dok menyanyi-nyanyi lagu tu... 

Moral of the story, carilah DIA dalam apa jua keadaan anda. Nak dengar lagu jugak, OK FINE, dengarla~! Tapi jangan dengar aje, ambil pengajaran dari lagu tu... Bak kata sebaris kata dalam lirik tadi, "Mencari Nur dan kasih Nya pasti"... So, LET'S SEARCH FOR THE ONE AND ONLY ONE!

** Mana aku tahu pasal Sham Kamikaze tu? Nanti aku cerita lebih lanjut dalam entry aku yang akan datang yang berkisah tentang Hijrah. La ni, jom kita pi sambung buat gheja noh~! (Tolong baca cara orang Kedah baca. ~PROUD TO BE KEDAHAN~)


Sekian...

Friday, December 2, 2011

KAMU, maaf aku~!

Assalamualaikum...

Entry ni tercetus disaat aku berfikir...........

Kadang-kadang terasa diri ini macam jahat jek buat dia macam tu... Bukan aku tak nak, tapi tak boleh... It's better that we are apart like we don't know each other (like what u did to me before) rather than I keep condemning on you~ Sorry for being cruel? Hope you are happy even though I am no longer with you... and hope you won't feel "small-heart" with my actions... (Haha... Sempat lagi buat lawak? Ok... Kot tak paham..."kecik hati")

Ok... Serious ni... Andai anda membaca entry ni, maafkan saya ya...

"Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam" -lirik Pagi Yang Gelap_Hujan-

"Bukan ku tak sudi 'kasih'...
Untuk bersama mu ber'cinta' lagi...
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi..." -lirik Bukanku Tak Sudi_Saleem-

"Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba
Cuma yang ada segenggam setia
Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu
Masih lagi aku terasa
Betapa hancurnya hatiku
Bila kau 'dipaksa' bersama
Dengan 'si dia'..." -lirik Hanya Segenggam Setia_Rahmat-


Hmmm.....
Aku hanya nak kau bahagia supaya aku tak rasa serba salah tinggalkan kau....
Aku betul-betul dah tak dapat kembali pada kau, macam dulu... Maaf jika terasa, maaf jika tak suka, maaf jika menderita, maaf untuk segala yang aku lakukan, zahir dan batin~

(~ni bukan kisah kasih kekasih~)

 *aku memang suka guna ayat-ayat lirik lagu..heheh*