*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Showing posts with label novella~. Show all posts
Showing posts with label novella~. Show all posts

Monday, May 17, 2010

TERCIPTA UNTUKKU...(Diari 2)

Tiba-tiba Aliya menyergah Khairul Zalita yang sedang asyik berkhayal dimejanya.
“Ish Liya!!! Kau nak aku mati ker hah? Nasib baik aku sihat walafiat lagi…kalau tak, dah lama aku mati terkejut kat sini. Lepas tu, aku kacau hidup kau! Nak?! Tiap-tiap malam aku muncul dalam mimpi kau eh!”
Ita menyambung kembali kerja-kerja pejabatnya tanpa menghiraukan Aliya yang sedang tersenyih.
“Alaa..rileks la Ita…aku bukan suka-suka buat kau terperanjat. Salah kau juga sebab mengelamun sampai seribu kali aku panggil kau, tapi kau tak bagi respon…kau mengalamun ke mana? Ke rumah buah hati ke??”
Aliya mengangkat-angkat keningnya, cuba mengusik Ita. Namun sikit pun tak dipedulikan Ita. Dia masih tak berpuas hati. Dia pasti bahawa Ita sedang dilamun cinta.
“Ita, siapa lelaki bertuah yang berjaya dapat kau tu? Cerita la dekat aku…”
Kali ini, Liya menolak-nolak bahu Ita pula. Namun, masih tiada sebarang jawapan. Dikotak fikirannya, terdetik satu cara yang boleh buatkan Ita berterus terang.
“Kalau kau tak nak bagitau aku, kau kena belanja aku lunch esok!”
Khairul Zalita memandang tajam pada Aliya. Dia yang buat aku terkejut, aku pula yang kena belanja dia. Banyak cantik! Ita berbisik sendirian. Hatinya masih geram pada teman baiknya yang tak habis-habis nak menyakatnya.
“Aku bagitau kau, kau pulak yang kena belanja aku lunch. Deal?”
“Deal!!?”
“Okey. Sebelum apa-apa, aku nak cakap padan muka kau dulu! Sebab apa? Sebab perkara yang kau fikir tu langsung tak betul. Tu sebab pertama…sebab kedua, tak pasal-pasal kau terpaksa terbangkan duit kau yang kau sayang sangat-sangat tu sebab kena belanja aku! Untuk pengetahuan kau Cik Aliya Rina binti Kamaruddin, aku cuma terkenangkan ibu dan ayah aku jer! Tak ada masa aku nak mengelamun tentang kekasih hati. Kekasih hati pun tak ada cik kak oi!”
Panjang lebar Ita berleter. Hatinya puas dapat kenakan Aliya pula. Selalunya, dia yang menjadi mangsa Aliya. Aliya pula hanya tersenyum simpul sambil pulang kemejanya. Ita juga tersenyum, tersenyum bahagia kerana tak perlu mengeluarkan duit untuk lunch esok.

Tuesday, May 4, 2010

TERCIPTA UNTUKKU...(Diari 1)

“Ita, tolong ambil susu adik kat dapur tu! Kau tak dengar ke adik kau menangis tu? Ibu tengah sibuk ni…”
Ibu yang sedang menjahit mengarahkan Khairul Zalita mengambil susu untuk diberikan pada adiknya. Sejak pagi tadi lagi ibu berhempas pulas menjahit baju kebarung tu. Katanya, orang yang minta dia jahit baju tu nak hari ini juga…dah lebih sebulan orang tu tempah pada ibu. Sepatutnya, dalam masa tiga minggu ibu dah boleh siapkan baju tu. Tapi disebabkan adik jatuh sakit selama dua minggu, kerja menjahit ibu tertangguh. 24 jam ibu sentiasa disisi adik, Mungkin risau akan kehilangan adik… Yalah, demam panas memang bahaya!
Sayang betul ibu pada adik ya! Bisikku perlahan kepada adik. Adik terus diam setelah mendapat kehendaknya. Mukanya yang comel buatkan aku turut gembira melihat dia tersenyum riang.
“Err ibu…boleh Ita tanya sikit tak bu?”
Zalita memula perbualanku dengan ibunya. Dari tadi, Ita sibuk dengan kerja sekolahnya. Ibunya pula sibuk menjahit.
“Tanya la Ita…kalau ibu boleh jawab, ibu jawab…”
Pasti ibu sangka aku nak soal tentang pelajaran. Tapi bukan itu niatku. Ini sebagai permulaan saja. Aku mesti selidik dulu mood ibu sekarang ni sebelum aku tanya soalan yang jawapannya mungkin menghampakan aku.
“Siapa yang namakan adik, bu?”
“Ayah kau…kenapa? Tak sedap? Ibu rasa sedap je nama tu. Nama kau pun, ayah kau yang namakan. Nak tukar nama ke? Jadi nama Kavittha Bachan!”
Ibu cuba berseloroh. Nampaknya mood ibu okey. Fikirku. Ala-ala Amitha Bachan pun ada jugak nama tu. Khairul Zalita dan Khairul Zalina. Memang tak dinafikan, sedap juga nama tu. Tapi maksudnya, belum aku ketahui.
“Maksud nama tu apa?”
Soalku lagi. Aku cuba selidik dengan lebih dalam mood ibu. Takut juga kalau ibu memarahi aku. Kalau dah marah, memang terpaksa lah aku tahan pedih ditelinga ni. Ibu tak garang, tapi sangat kuat berleter. Kadang-kadang, ayah pun bosan dengar ibu berleter.
“Tu Ita kena tanya ayah. Ibu pun tak pasti maksud nama Ita dan adik tu.”
Ibu masih tekun menjahit. Dan aku masih teragak-agak nak nyatakan hasrat aku. Nak disoal lagi, aku dah ketandusan idea.
“Ita nak cakap apa-apa pada ibu ke? Resah jer ibu tengok.”
Ibu menduga aku. Memang benar bu. Harap-harap ibu tak marah dengan pertanyaan Ita kali ini ya!
“Ibu…Ita nak kerja, boleh tak? Bukan apa bu…nanti ibu dan ayah tak perlu susah-susah buat kerja lagi dah. Adik makin besar. Yuran sekolah Ita tahun depan pun bertambah mahal bu…Ita Cuma nak ringankan beban ibu…boleh tak?”
Lama aku menanti jawapan ibuku. Dia hanya diam dan terus menjahit seolah-olah aku tak berkata apa-apa. Mungkin juga dia tak dengar kerana bunyi mesin jahit yang bising tu. Tapi takkan lah sepatah pun tak dengar…mesti jawapan yang aku bakal terima sebentar lagi adalah negatif.
“Boleh bu?”
Aku ingin terus mendapatkan jawapan…aku benci suasana yang sepi macam ni walaupun aku pasti akan jawapan ibu.
Ibu berhenti menjahit. Aku ditenung lama olehnya.
“Tak payah lah Ita. Duit ibu dapat hasil dari menjahit dan duit ayah kau kerjakan sawah tu cukup untuk sara kita sekeluarga. Lagipun, kau ada biasiswa. Guna la duit biasiswa kau tu kalau duit ibu dan ayah ni tak cukup…kau tu PMR pun tak lepas lagi.”
Puan Jamnah menyambung kembali kerjanya. Dia sememangnya tegas dalam membuat keputusan. Jika itu keputusan dia, terpaksa lah Khairul Zalita turuti. Ita faham sangat perangai ibunya itu. Dia hampa. Belum lagi hasrat sebenarnya disampaikan. Kalau dia berterus terang kepada ibunya bahawa dia ingin memiliki telefon bimbit, pasti ibunya akan lebih membantah. Nak dinyatakan hasrat pada ayah, jawapannya pasti tetap sama. Bila ditanya pada ayah, ayah akan merujuk pada keputusan ibu juga.
Tiba-tiba Aliya.......(~bersambung~)