Dah lama.aku tak jenguk blog aku ni.. Harini aku nak berkongsi resepi biskut raya kegemaran aku dan adik-beradik aku yang lain iaitu BISKUT OAT COKLAT...!! Bagi aku, biskut ni lebih sedap berbanding almond london yang menjadi pujaan ramai tu! Apa specialnya si almond london tu? Kalau aku makan almond london pun, mungkin sebab coklatnya dan almondnya... Jadi, adalah lebih baik aku buat almond celup coklat!!! Hahaha... ツ
Okey, tak payah cakap banyak, let me teach you how to make the super delicious biscuit. Biskut wajib setiap kali raya neh!!! (lain orang, lain citarasa... tak tahu la anda suka atau tak biskut ni..)
Bahan-bahan:
225g tepung gandum
80g serbuk koko
200g gula kastor
200g mentega
2sudu teh air sejuk
2biji telur
1sudu teh serbuk penaik
⑴putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
⑵masukkan telur kuning dan air sejuk kedalam mentega yang telah diputar tadi. putar lagi hingga sebati.
⑶tuangkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik kedalam adunan tadi,gaul hingga menjadi doh(boleh digentel). Kalau nampak lembik,tambah tepung lagi sikit.
⑷gentel doh tadi menjadi seperti biji guli dah celup kedalam telur putih.
⑸seterusnya gaul dalam oat.
⑹bakar pada suhu 220℃ hingga oat kelihatan kekuningan dan biskut merekah serta berbau SEDAP!
⑺SIAP!!!
♡♥ ⓢⓔⓛⓐⓜⓐⓣ ⓜⓔⓝⓒⓤⓑⓐ ♥♡
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~