Assalamualaikum...
Aku menulis coretan kali ni dalam keadaan yang agak tertekan... Banyak assignmentz, tutorialz, projekz yang harus disiapkan ("tapi nape ko sempat lagi update blog?!", aku bermonolog dalaman.). Sambil aku buat assignment ni, aku dengar la lagu-lagu yang ada dalam senarai KM Player aku nih... Lagu pertama yang dimainkan ialah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan SLAM, iaitu lagu NUR KASIH (sebab tu tajuk entry ni macam tu~).
Bukan aku tak cinta
Kepada mu semakin kurela
Kau lah satu di dunia
Tapi kau tak mengerti
Getaran rasa hati ini
Masih ada kucari
Kau anggap aku berseloka
Dan asyik dalam misteri
Mencari Nur dan kasih Nya pasti
Akhirnya engkau curiga
Katamu aku berdusta
Memperduakan cinta
1
Mentari di tangan bulan
Kau serah di genggaman
Tak kuhirau karna Dia
Relalah aku korban
Andainya satu hukuman
Kau tinggal diriku
Tanpa satu pengertian
2
Dan sebenarnya cinta kita
Hanya cinta sementara
Kan hilang jua dibawa arus pawarna
Cinta pada kuterpandang
Kan pudar nafas hilang
Hanya ia menanti ku di Azali yang suci
Mengertilah kau sayang
Kau harus rasakan ke alam tanpa mati
Dan kita seabadi
Dan akhirnya engkau kucup oh tangan ku
( ulang 1, 2 )
Marilah ku bisikkan keramat kasih ini
Biar menjadi nadi
Rahsiakan kalimah ku
Hingga ia menjadi tanda
Hidup mati bersama
Hidup mati bersama
Okey, tu la lirik untuk lagu tersebut... Erm, disebabkan tension, aku dengar la lagu tu kuat-kuat... Bila tiba part muziknya, (part gitar elektrik dimainkan), aku terfikir "Bestnya kalau aku boleh main gitar terer macam ni disaat ini!". TAPI, tiba-tiba aku diingatkan Allah s.w.t tentang Sham Kamikaze. Pasti anda tahu siapa dia kan! Ya, artis terkenal jugak lar dia ni, tapi sekarang dah bertaubat, dah tak masuk sangat dah dalam dunia hiburan yang penuh kemaksiatan tu.
Sedangkan dia cuba lari dari dunia tu, aku ni boleh pulak teringin nak masuk? Adalah lebih bagus jika aku beristighfar daripada dok menyanyi-nyanyi lagu tu...
Moral of the story, carilah DIA dalam apa jua keadaan anda. Nak dengar lagu jugak, OK FINE, dengarla~! Tapi jangan dengar aje, ambil pengajaran dari lagu tu... Bak kata sebaris kata dalam lirik tadi, "Mencari Nur dan kasih Nya pasti"... So, LET'S SEARCH FOR THE ONE AND ONLY ONE!
** Mana aku tahu pasal Sham Kamikaze tu? Nanti aku cerita lebih lanjut dalam entry aku yang akan datang yang berkisah tentang Hijrah. La ni, jom kita pi sambung buat gheja noh~! (Tolong baca cara orang Kedah baca. ~PROUD TO BE KEDAHAN~)
Sekian...
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~