Assalamualaikum...
Kalau aku sebut cicak, mesti ramai yang bereaksi begini;
"Eeee...gelinya!"
"Kotorlah!!! Jangan pegang..."
"Takutlah aku..."
dan sebagainya... Yang paling banyak akan mengeluarkan kata-kata dan reaksi sebegini ialah kaum Hawa... Aku tak pasti bagaimana dengan reaksi kaum Adam. Namun aku pasti tetap ada kaum Adam yang takut dan geli pada cicak!
KENAPA aku cakap pasal CICAK ni???
Aku kan PEREMPUAN! MESTI takut atau geli dengan cicak kan... Tapi berani pulak aku cakap mengenai haiwan ini...
HAHAHA.... SALAH kalau korang ingat aku takut atau geli pada cicak!!! UNTUK PENGETAHUAN korang, AKU tak geli pada cicak... MALAH, aku tak geli pada apa-apa haiwan pun! Aku pasti akan pegang haiwan-haiwan ini selagi ia halal disisi Islam dan tidak membahayakan. KECUALI pada LABAH-LABAH BESAR dan KATAK PURU dan juga LIPAS. Setakat ini, aku rasa tiga haiwan ni aje lah yang aku tak terasa teringin nak pegang pun. Ramai yang cakap aku boleh jadi doktor haiwan. Tapi sekarang aku dibidang kejuruteraan, bagaimana nak kebidang kedoktoran tu? Hmm.. Kalau aku NAMPAK labah-labah besar, aku terus LARI jauh-jauh! NAMPAK katak puru, aku tengok aje...(Jangan lompat atas aku cukuplah! Tapi aku masih boleh main-main lagi dengan katak puru ni... Guna kayu lah untuk membelek-belek katak ni)! NAMPAK lipas, aku LARI ambil penyapu dan PUKUL sampai mati!
Aaahh!! Dah jauh aku melencong dari tajuk asal!
Berbalik pada cicak, atau lebih khusus, sejenis cicak yang dipanggil GECKO. Aku tak tahu pun kewujudan Gecko ni. Yang aku tahu, cicak yang dok berbunyi di rumah aku ni lah... Sehinggalah pada saat aku menonton Malaysia Hari Ini, MHI pada minggu lepas (ke dua minggu lepas eh?).
Gecko mempunyai jangka hayat dari 3 hingga 5 tahun. Gecko boleh ditemui di seluruh dunia yang mempunyai iklim yang panas. Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada Gecko ialah ia mempunyai kaki yang luas dan juga anak mata yang besar. Selain itu, kulitnya juga bersisik. Seperti reptilia yang lain, kebanyakan Gecko bertelur untuk memastikan spesisnya tidak pupus. Gecko betina akan bertelur sebanyak 8 hingga 10 biji telur antara bulan Mei dan Ogos, dengan jarak dua hingga empat minggu untuk bertelur.
Gecko biasanya memakan kumbang, rama-rama, ulat gonggok, cengkerik, dan lipas. Bagi kebanyakan spesis Gecko yang besar seperti Caledonian Gecko, mereka lebih gemar memakan tikus dan burung-burung yang bersaiz kecil. Terdapat sebanyak 1196 spesis Gecko di dunia ini.
Yang menarik tentang Gecko ini ialah ia mempunyai pelbagai warna, tidak seperti cicak yang hanya bewarna koko, kuning langsat ataupun hitam. Selain itu, ekor Gecko yang 'gemuk' ini jugak membuatkan aku rasa Gecko ni comel! Hehe... Teringin juga aku nak memiliki Gecko ni! Kalau korang berminat nak beli Gecko ataupun tahu lebih lanjut tentang Gecko, korang boleh layari laman web The Gecko Shop ni... Laman web ni aku dapat dari rancangan MHI tu lah!
comel kan? hehe... (^_^)
bEsT tAk bLog Ni?
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya k...
-
MAJLIS PELANCARAN PRODUK CHOCOLATA DE’ CLOUDS Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemb...
-
HIDUP INI ibarat roda... ada masanya diatas, ada masanya dibawah... tika berada di atas, jangan kita bermegah... kerana kita akan tetap mera...
Labels
.:.ceciter.:.
(10)
~berita
(3)
angan
(2)
BEST
(1)
brooch
(1)
cantik
(1)
fancy
(1)
gila~
(1)
homemade
(1)
impian
(2)
kenyataan?
(9)
keychain handphone
(1)
keychains
(1)
lirik lagu
(5)
MASAK
(1)
MASTERCHEF
(1)
moral dan pengajaran
(12)
novella~
(2)
panduan~
(12)
puisi?
(3)
Resepi
(4)
tips~
(3)
Aku?
- awanis
- 29 OKTOBER 1990: -konservatif- Anda sangat peka dan merupakan seorang yang tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggp degil.
*************************************************************************
Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~
*************************************************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~