*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, June 29, 2010

Fly High The Sky~

Assalamualaikum...

"hari ni hari selasa...
esok rabu..."


Ayat diatas telah menjadi status aku di facebook pada hari ini. Apa hal nya dengan hari ni hari apa???

Haaa!!! Sebabnya......................ada dua!

Yang pertama, esok aku akan menaiki kapal terbang buat pertama kali(Secara sedar laa. Sebab waktu baby dlu pernah dah naik!!! Hehe...). Pada pukul 3 aku, umie, kak aku dan Wafa akan berangkat dari Lapangan Terbang Alor Setar untuk ke KLIA. Dari KLIA, kami akan bertolak ke Sarawak dan akan mendarat di Sibu. Ini kerana Sibu adalah lebih dekat dengan rumah sewa kakakku di Saratok. Hmm... Pertama kali naik kapal terbang dan juga pertama kali nak pergi melawat bumi Kenyalang tuu... Semenanjung Malaysia ni, semua negeri aku dah pernah jejak. Tujuan aku ke Sarawak? Nak teman kakakku yang baru habis pantang ni untuk pulang bekerja sebagai guru disana. Dia dan babynya aje yang balik Sarawak sendiri, ingat senang ker nak bawa beg? Anak saudara aku ni dah la kuat bunyinya bila menangis... Satu airport dengar nanti! (^_^)

Sebab yang kedua? Hehe... Rahsia laa... Hanya hati ni aje menanti... Hmmm...

Ok lah!!! Jangan marah... Aku dah tak terasa nak menulis untuk hari ini...

Sekian, trimas...

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~