Assalamualaikum...
Berbicara soal apa ya? Ya, soal itu lah! Haha... Bila sentuh bab ni, memang payah kita nak berikan pendapat kita sebab masing-masing ada sudut pandangan tersendiri kan... Bila kita terlalu taksubkan sesuatu, memang segala kebaikan yang lain kita dah tak nampak. Bila kita dah terlalu fikirkan keburukan, yang kebaikannya hilang macam tu saja. APA YANG AKU MEREPEK NI?
Sebenarnya, benda ni berlaku dalam kehidupan kita seharian jugak, antara sedar atau tak aje~
Aku tak lah pandai sangat berbicara soal ini, NAMUN AKU PUNYAI PENDAPAT SENDIRI! Pada sudut pandangan aku, nak menentukan yang betul-betul betul tu susah. Kita bukan Tuhan untuk menentukan keadilan. Kita bukan Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang terang dan tersembunyi.
Apa yang kita dengar, kita lihat, kita rasa, kita percaya TAK SEMESTINYA TEPAT, tak semestinya betul, tak semestinya salah.
Bagi aku, jika kita berpegang pada Yang Satu, tak kiralah warna apa pun kita suka, warna apa pun kulit kita, INSYAALLAH kita akan berada dijalan yang betul. Tapi jangan lah jalan aje betul, caranya salah... Kita ambik contoh kita naik kereta dari Kedah nak ke Johor, jalannya dah betul-Lebuhraya Utara Selatan, tapi kita bawak kerata macam JET pejuang, tak ke gila tu? Ataupun, kita bawak kereta dah ikut peraturan lebuhraya, 100km/j... Situasi sama, dari Kedah nak ke Johor, tapi kita guna Lebuhraya Timur-Barat, ceciter acane nak sampai Johor???
Bukan semua yang BURUK TU JAHAT,
Bukan semua yang BERSULUH TU BENAR,
Bukan semua yang CANTIK TU BAIK.
Renung-renungkan...
[TAFSIRLAH kata-kata bicara aku ni menurut tafsiran korang sendiri kerana korang punyai pendapat tersendiri. Aku tak memilih warna. MUNGKIN aku perlu masa 10 tahun untuk aku mengkaji? Apa-apa pun, back to OUR CREATOR. Hanya pada-Nya lah segala kebenaran...]
AKU SUKA WARNA MERAH MENYALA! SO?
aku jugak suka warna-warni ceria pelangi~!
(kan bagus bersatu dalam gambar ni?)
(^_^)
Sesiapa faham dan rasa aku ni salah, sila betulkan... Ini hanya pendapat aku.
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~