*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Monday, November 28, 2011

betul ke TRANSFORMER 4 dah keluar?

Assalamualaikum!!!


BERITA TERGEMPAR!!!
Transformer 4 dah keluar???
Betul ke???


Untuk kawan aku yang tak sempat lagi tengok Transformer 3: Dark of The Moon, (Siti Norsalehah Yunos), SABAQ NAAA... Untuk pembaca entry ni, kalau ada diantara korang yang ada movie Transformer 3 tu, tolong la bagi kat kawan aku sorang neh... Dah lama dia kempunan nak tengok...


Okey, kembali pada Transformer 4.. Betul ke dah ditayangkan? 
Betul laa... SERIUS AKU CAKAP, Transformer 4 DAH KELUAR dah pun...


CUMA....


Transformer 4 ni versi SELIPAR la pulak! =p hehe....


Erm...mungkin aku tak patut letak tajuk entry tu kot? Sepatutnya aku letak tajuk : Aku Sepasang Selipar!

Aku dibeli oleh tuanku pada dua tahun yang lepas di kedai runcit Big 10 yang terletak di Sri Serdang dengan hanya berharga RM 5.90. Namun, aku amat disayangi oleh tuanku walaupun hargaku murah kerana aku sangat tahan lasak. Aku dipakai kesana kemari oleh tuanku. Sudah tiba masanya prestasi kerjaku menurun akibat umurku yang dah tua. Kini, aku telah transform menjadi selipar-tron, dimana taliku telah putus disebelah kanan dan kiri dan kedua-duanya adalah ditempat yang berbeza. Kata tuanku, dia akan memakai aku hingga ajalku tiba. Aku gembira dapat berkhidmat sepenuhnya kepada tuanku dan aku gembira kerana aku disayangi dia walaupun aku tak secantik selipar rakan sebilik tuanku, (Noorhamizah Suhaimi).


Warna biru ni selipar roomate aku. Selipar aku yang kat atas ni... Tunggu masa je nak nazak tu... Perhatikan tali selipar ni, UNIK WOHH!!


Ha! Untuk gambar Transformer 4 kat atas sana tu, aku edit sebenarnya~ SORRY yer para peminat Transformer.


Haha...tah pape... Sekian saja entry kali ni~

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~