*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Wednesday, May 26, 2010

Gurau Senda Rasulullah

Dalam suri teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, Baginda juga seorang yang mesra dan suka juga bergurau. Seorang ulama terkenal di Pakistan, Naeem Siddiqi, di dalam bukunya, "Muhammad Pembina Umat", telah mencatat beberapa peristiwa dalam sirah mengenai sikap Baginda,

Pada suatu ketika Sayyidatina Aisyah rha menyediakan masakan daripada gandum, ketika itu Sayyidatina Saudah rha ada bersama-sama dan Rasulullah saw duduk di tengah-tengah mereka. Wujud di sana suasana kemesraan, Aisyah minta Saudah mengambil sesikit makanan tersebut, tetapi Saudah enggan. Apabila diminta berkali-kali dan Saudah tetap enggan, lantas beliau menampalkan tepung itu ke muka Saudah. Rasulullah ketawa sambil menyuruh Saudah membalas perbuatan itu ke muka Aisyah. Lalu Saudah membalasnya dengan disambut ketawa baginda.

Sayyidina Abu Bakar pernah satu ketika berpasangan dengan Rasulullah di dalam latihan renang. Selepas itu, hujan turun dan Rasulullah bermandikan air hujan dengan memakai kain sarung.

Dalam suasana gembira, Rasulullah gemar bermain gendang, mengiringi nasyid yang dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan.

Pernah dua orang perempuan bernasyid bersama Aisyah, Sayyidina Abu Bakar mengherdiknya tetapi Rasulullah campurtangan dan membenarkan mereka meneruskannya.

Pernah ada seseorang yang datang kepada Baginda meminta seekor unta kerana ada sesuatu keperluan. Baginda memberitahu bahawa Baginda hanya akan memberikan anak unta kepada orang tersebut. Bila orang tersebut kelihatan semacam kecewa kerana dia memerlukan unta besar dan bukannya anak unta. Lalu Rasulullah saw menjelaskan; semua unta (yang besar) asalnya adalah anak unta (maksudnya Baginda sebenarnya ingin memberi unta besar kepada orang tersebut).

Begitu juga dengan satu kisah yang agak popular. Apabila seorang perempuan tua minta didoakan agar dia dimasukkan ke syurga nanti. Rasulullah saw memberitahunya, bahawa perempuan tua tidak boleh masuk syurga. Apabila perempuan tua itu kelihatan kecewa, Baginda memaklumkan bahawa maksud sebenar Baginda adalah walaupun seseorang itu mati dalam keadaan tua, jika dia dapat masuk syurga, dia akan jadi muda. Dengan itu, tiada orang tua di syurga.

Justeru, Islam tidak menghalang kita bersuka-suka dalam batas yang diberi oleh syariat. Pada masa yang sama tunaikan hak dan kebajikan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Juga tunaikanlah amanah sebagai khalifah Allah di mukabumi sementara ini.

Dari blog http://ahmadsuki.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~