Assalamualaikum...
Erm...kita biasanya tahu yang ada dua benda yang susah bagi seorang manusia nak lakukan,iaitu "SHOWING LOVE & APPOLOGIZING" atau dalam Bahasa Melayu, menunjukkan rasa cinta dan memohon kemaafan. Tapi bagi aku, bukan dua perkara ni aje yang susah untuk seorang manusia lakukan... Bagi aku, dua perkara ni sering berkait rapat dengan lagi dua perkara...jadi, kesemuanya ada empat perkara iaitu "SHOWING LOVE, APPOLOGIZING, FORGIVING & FORGETTING" atau dalam Bahasa Melayu, menunjukkan rasa cinta, memohon kemaafan, memaafkan dan melupakan.
"SHOWING LOVE"
- tunjukkan rasa cinta, kasih sayang
Ini biasanya terjadi pada orang yang egonya terlalu tinggi dan jugak pada orang yang pemalu. Orang yang berada dalam kategori ego yang tinggi ini biasa susah nak menunjukkan rasa cinta mereka pada orang yang mereka sayang walaupun orang yang disayangi itu tidak asing lagi bagi mereka. Sebagai contoh, seorang bapa kepada anak-anaknya dan sebagainya. Orang dalam kategori ini merasakan dirinya akan direndahkan jika mereka menyatakan rasa cinta mereka. Bagi orang yang berada dalam kategori pemalu pula, mereka hanya akan rasa susah untuk menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada orang yang baru wujud dalam hidup mereka. Sebagai contoh, orang yang baru nak memikat seseorang untuk menjadi kekasihnya lah! Punca wujudnya rasa susah untuk menyatakan rasa cinta bagi orang yang pemalu seperti ini ialah kerana kurangnya keyakinan dalam diri mereka. Mungkin takut sekiranya cinta mereka ditolak.
"APPOLOGIZING"
- memohon kemaafan
Ini selalu berlaku dalam masyarakat sekeliling kita. Memohon maaf ertinya mengakui kesalah diri. Mudah untuk seseorang mengucapkan perkataan "Maaf", "Sorry" atau mungkin juga "Dui bu qie". Namun ianya bertukar menjadi sesuatu yang amat sukar dilakukan apabila kita perlu untuk mengakui kesalahan diri kita. Tambahan pula, ianya amat memerlukan keikhlasan dalam jiwa dan juga keinsafan dalam diri si peminta maaf.
"FORGIVING"
- memaafi
Nak maafkan orang bukannya mudah sekiranya kesalahan yang seseorang itu lakukan telah membentuk luka yg terlalu dalam dihati. Ini bergantung kepada sifat masing-masing. Bagi aku, aku mudah memaafkan orang... Tetapi jika kesalahan itu berat, agak sukar aku nak maafkan sekiranya orang yang melakukan kesalahan itu tidak memohon maaf padaku. Seperti yang kita tahu, biasanya ibu bapa mudah nak maafkan kesalahan anak-anak mereka kerana kasih yang dalam dihati terhadap anak-anak. Tetapi, ia tetap bergantung kepada sifat masing-masing seperti yang aku kataklan tadi.
FORGETTING
-melupakan
Kebanyakkan orang senang nak memaafkan seseorang. Namun, untuk melupakan kesalahan yang dilakukan itu adalah jauh lebih sukar untuk dilakukan. Aku percaya ramai yang susah nak lupakan kesalah orang kan?! Aku pun macam ni jugak... hurm...
Apa yang aku cuba katakan disini ialah kita seharusnya mengamalkan keempat-empat perkara ini, iaitu " menunjukkan rasa cinta, memohon kemaafan, memaafkan dan melupakan". Ini sedikit sebanyak dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia. Kebencian terhadap seseorang adalah lebih menyakitkan. Permusuhan tidak membawa apa-apa faedah kepada mana-mana pihak. Jadi, adalh lebih elok jika kita sama-sama menunjukkan rasa kasih sayang sesama manusia. Bermaaf-maafan lah sekiranya kita melakukan kesalahan dan lupakanlah persengketaan demi kebahagiaan kita umat manusia.
bEsT tAk bLog Ni?
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya k...
-
MAJLIS PELANCARAN PRODUK CHOCOLATA DE’ CLOUDS Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemb...
-
HIDUP INI ibarat roda... ada masanya diatas, ada masanya dibawah... tika berada di atas, jangan kita bermegah... kerana kita akan tetap mera...
Labels
.:.ceciter.:.
(10)
~berita
(3)
angan
(2)
BEST
(1)
brooch
(1)
cantik
(1)
fancy
(1)
gila~
(1)
homemade
(1)
impian
(2)
kenyataan?
(9)
keychain handphone
(1)
keychains
(1)
lirik lagu
(5)
MASAK
(1)
MASTERCHEF
(1)
moral dan pengajaran
(12)
novella~
(2)
panduan~
(12)
puisi?
(3)
Resepi
(4)
tips~
(3)
Aku?
- awanis
- 29 OKTOBER 1990: -konservatif- Anda sangat peka dan merupakan seorang yang tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggp degil.
*************************************************************************
Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~
*************************************************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~