Assalamualaikum...
Korang SUKAKAN ORIGAMI??? Tahu ke apa itu origami...? Bagi KAMUS AWANIS edisi terhad, origami ini ialah seni kraftangan yang melibatkan kertas... Sama ada kertas itu dilipat-lipat untuk membentuk sesuatu ataupun mungkin juga memerlukan kita untuk menggunting kertas itu...
Aku memang suka sangat benda-benda yang berseni macam origami ni... Teringat waktu aku kecik-kecik dulu. Kan ada program untuk kanak-kanak dalam tv dan ada segment origami... Aku wajib tengok segmen tu bersama-sama kertas untuk membuat origami. Antara origami yang aku pernah belajar dari rancangan itu ialah cara membuat arnab. Yang lain-lain, aku dah tak ingat.
Aku kembali aktif berorigami apabila aku memasuki PLKN. Kawanku, Dayang mempunyai satu duit RM1 yang telah dilipat-lipat menjadi bentuk hati. Dah lama aku nak belajar buat origami berbentuk hati ni... Tapi malangnya Dayang tak tahu cara melipat origami tersebut kerana ianya pemberian sahabatnya, Jadi aku belajar sendiri lah cara nak melipatnya. Aku belek-belek sendiri lah! Akhirnya siap!! Kemudian Aisyah pula mengajarkan lagi dua cara untuk melipat origami berbentuk hati ni... Jadi, secara keseluruhan, aku dah tahu tiga cara membuat origami berbentuk hati ni. Sepulangnya aku di dorm aku, dorm Seroja, aku ternampak pula rakanku sedang melipat-lipat duit. Aku pun pergi la tengok... Rupanya dia sedang membuat origami berbentuk hati jugak! Tapi cara membuatnya lebih rumit dari tiga origami yang tadi.. Apa lagi, aku belajarlah pulak dari dia! Memang best!!!
Masuk pula matrik, dalam sesi "Mentor-Mentee", mentor kelasku, Cikgu Haszuani ada mengajar cara membuat bunga Lily... Kami sekelas pakat-pakat berorigami lah waktu tu! Ada juga aku search dalam internet dan aku terjumpa cara untuk menghasilkan origami rama-rama. Origami rama-rama ni lebih cantik jika dibuat dengan menggunakan duit RM10.
Baru-baru ini, aku cuba lagi mencari cara untuk membuat origami di internet. Antara laman web yang aku masuk ialah web Origami Fun dan
web Peter Callesan.
Dari laman web tersebut, ada lagi origami yang baru aku pelajari. Ianya memang menyeronokan! Ya lah, dapat hilangkan kebosanan aku ketika cuti ni... Aku juga amat kagum dengan hasil seni origami yang dihasilkan oleh Peter Callesan ni... Sangat cantik dan memerlukan kehalusan dan ketelitian dalam penghasilan origaminya!
Berikut adalah antara hasil-hasil seni beliau yang mengagumkan aku. Jika korang ingin melihat lebih banyak hasil seni beliau, korang bolehlah menjenguk lama web yang telah aku nyatakan tadi.
bEsT tAk bLog Ni?
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya k...
-
MAJLIS PELANCARAN PRODUK CHOCOLATA DE’ CLOUDS Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemb...
-
HIDUP INI ibarat roda... ada masanya diatas, ada masanya dibawah... tika berada di atas, jangan kita bermegah... kerana kita akan tetap mera...
Labels
.:.ceciter.:.
(10)
~berita
(3)
angan
(2)
BEST
(1)
brooch
(1)
cantik
(1)
fancy
(1)
gila~
(1)
homemade
(1)
impian
(2)
kenyataan?
(9)
keychain handphone
(1)
keychains
(1)
lirik lagu
(5)
MASAK
(1)
MASTERCHEF
(1)
moral dan pengajaran
(12)
novella~
(2)
panduan~
(12)
puisi?
(3)
Resepi
(4)
tips~
(3)
Aku?
- awanis
- 29 OKTOBER 1990: -konservatif- Anda sangat peka dan merupakan seorang yang tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggp degil.
*************************************************************************
Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~
*************************************************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~