*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, June 29, 2010

Fly High The Sky~

Assalamualaikum...

"hari ni hari selasa...
esok rabu..."


Ayat diatas telah menjadi status aku di facebook pada hari ini. Apa hal nya dengan hari ni hari apa???

Haaa!!! Sebabnya......................ada dua!

Yang pertama, esok aku akan menaiki kapal terbang buat pertama kali(Secara sedar laa. Sebab waktu baby dlu pernah dah naik!!! Hehe...). Pada pukul 3 aku, umie, kak aku dan Wafa akan berangkat dari Lapangan Terbang Alor Setar untuk ke KLIA. Dari KLIA, kami akan bertolak ke Sarawak dan akan mendarat di Sibu. Ini kerana Sibu adalah lebih dekat dengan rumah sewa kakakku di Saratok. Hmm... Pertama kali naik kapal terbang dan juga pertama kali nak pergi melawat bumi Kenyalang tuu... Semenanjung Malaysia ni, semua negeri aku dah pernah jejak. Tujuan aku ke Sarawak? Nak teman kakakku yang baru habis pantang ni untuk pulang bekerja sebagai guru disana. Dia dan babynya aje yang balik Sarawak sendiri, ingat senang ker nak bawa beg? Anak saudara aku ni dah la kuat bunyinya bila menangis... Satu airport dengar nanti! (^_^)

Sebab yang kedua? Hehe... Rahsia laa... Hanya hati ni aje menanti... Hmmm...

Ok lah!!! Jangan marah... Aku dah tak terasa nak menulis untuk hari ini...

Sekian, trimas...

Wednesday, June 16, 2010

Cicak- lebih khusus, Gecko!!!

Assalamualaikum...

Kalau aku sebut cicak, mesti ramai yang bereaksi begini;

"Eeee...gelinya!"
"Kotorlah!!! Jangan pegang..."
"Takutlah aku..."

dan sebagainya... Yang paling banyak akan mengeluarkan kata-kata dan reaksi sebegini ialah kaum Hawa... Aku tak pasti bagaimana dengan reaksi kaum Adam. Namun aku pasti tetap ada kaum Adam yang takut dan geli pada cicak!

KENAPA aku cakap pasal CICAK ni???
Aku kan PEREMPUAN! MESTI takut atau geli dengan cicak kan... Tapi berani pulak aku cakap mengenai haiwan ini...

HAHAHA.... SALAH kalau korang ingat aku takut atau geli pada cicak!!! UNTUK PENGETAHUAN korang, AKU tak geli pada cicak... MALAH, aku tak geli pada apa-apa haiwan pun! Aku pasti akan pegang haiwan-haiwan ini selagi ia halal disisi Islam dan tidak membahayakan. KECUALI pada LABAH-LABAH BESAR dan KATAK PURU dan juga LIPAS. Setakat ini, aku rasa tiga haiwan ni aje lah yang aku tak terasa teringin nak pegang pun. Ramai yang cakap aku boleh jadi doktor haiwan. Tapi sekarang aku dibidang kejuruteraan, bagaimana nak kebidang kedoktoran tu? Hmm.. Kalau aku NAMPAK labah-labah besar, aku terus LARI jauh-jauh! NAMPAK katak puru, aku tengok aje...(Jangan lompat atas aku cukuplah! Tapi aku masih boleh main-main lagi dengan katak puru ni... Guna kayu lah untuk membelek-belek katak ni)! NAMPAK lipas, aku LARI ambil penyapu dan PUKUL sampai mati!

Aaahh!! Dah jauh aku melencong dari tajuk asal!

Berbalik pada cicak, atau lebih khusus, sejenis cicak yang dipanggil GECKO. Aku tak tahu pun kewujudan Gecko ni. Yang aku tahu, cicak yang dok berbunyi di rumah aku ni lah... Sehinggalah pada saat aku menonton Malaysia Hari Ini, MHI pada minggu lepas (ke dua minggu lepas eh?).

Gecko mempunyai jangka hayat dari 3 hingga 5 tahun. Gecko boleh ditemui di seluruh dunia yang mempunyai iklim yang panas. Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada Gecko ialah ia mempunyai kaki yang luas dan juga anak mata yang besar. Selain itu, kulitnya juga bersisik. Seperti reptilia yang lain, kebanyakan Gecko bertelur untuk memastikan spesisnya tidak pupus. Gecko betina akan bertelur sebanyak 8 hingga 10 biji telur antara bulan Mei dan Ogos, dengan jarak dua hingga empat minggu untuk bertelur.

Gecko biasanya memakan kumbang, rama-rama, ulat gonggok, cengkerik, dan lipas. Bagi kebanyakan spesis Gecko yang besar seperti Caledonian Gecko, mereka lebih gemar memakan tikus dan burung-burung yang bersaiz kecil. Terdapat sebanyak 1196 spesis Gecko di dunia ini.

Yang menarik tentang Gecko ini ialah ia mempunyai pelbagai warna, tidak seperti cicak yang hanya bewarna koko, kuning langsat ataupun hitam. Selain itu, ekor Gecko yang 'gemuk' ini jugak membuatkan aku rasa Gecko ni comel! Hehe... Teringin juga aku nak memiliki Gecko ni! Kalau korang berminat nak beli Gecko ataupun tahu lebih lanjut tentang Gecko, korang boleh layari laman web The Gecko Shop ni... Laman web ni aku dapat dari rancangan MHI tu lah!





comel kan? hehe... (^_^)

Tuesday, June 15, 2010

ISRAEL dan "THE TRUE FURQAN"

Assalamualaikum...

Aku baru aje terbaca satu mesej dari seorang kawanku yg kini berada di Mesir,Aminatul @ Amin... Mesej tersebut dihanta kepadaku pada 4/6/2010. Tapi memandangkan aku jarang sekali membuka emelku, jadi aku baru terima mesej tu hari ini lah...Emel yang aku terima adalah seperti dibawah:


"Assalamualaikum. Please take a moment of your time to sign this petition www.petitiononline.com/q45yr679/petition.html to endorse that "The True Furqan" is FAKE~ thank you..

Wahai kawan-kawan, jangan berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah "Tuhan kami". Isra=Yang Teratas=Tuhan, El=Kami. Fikirkan, kita berdoa kepada Allah tetapi mengutuk Allah tanpa kita sedari apabila melaknat Israel. Gunalah istilah "Yahudi Laknatullah". Sila sebarkan maklumat ini. Wallahua'lam bissowab. Credit to Ustaz Nik for this info..."

Aku agak terkejut dengan mesej ini. Tidak pula kutahu bahawa maksud Israel ialah Tuhan kami...Apa-apa pun, aku cuma menyebarkan mesej ini. Benar atau tidak, aku tak tahu...Wallahua'lam!

Tapi yang paling aku geram, kenapa orang kafir ni suka sangat ya merosakkan harta benda Islam???!! Maksudku, kitab AL-QURAAN kita. Tak ada la pula kita memutar belitkan ayat-ayat dalam kitab Bible mereka...Apa ertinya mereka melakukan perbuatan yang sebegini sedangkan Islam menghormati agama yang mereka anuti?

Saturday, June 12, 2010

Selagi Ada Cinta nyanyian Pak Long (siapa Pak Long? Aku tak tahu~)

Selagi Ada Bulan Mentari
Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang

Selagi Ada Ombak Dan Laut
Selagi Hatiku Terpaut
Selagi Ada Turunnya Hujan
Selagi Ada Rahmat Tuhan

Selagi Ada Langit Dan Bumi
Selagi Cintaku Bersemi

co
Selagi Ada Waktu
Selagi Ada Rindu
Biar Beribu Batu
Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih (Oh Kasih)
Damailah (Damailah)
Engkau Disana

Ku Berdoa (Ku Berdoa)
Pada Tuhan (Pada Tuhan)
Agar Kau Bahagia