*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

NAK JADI MASTERCHEF??

Assalamualaikum....

Korang teringin tak jadi masterchef...??? Aku teringin....SERIOUS BEST TENGOK diorang masak-masak... Cambesh jek~

Kalau korang teringin, baca la cara-cara dalm link kat bawah ni....

JOM JADI MASTERCHEF!


BESH TAU MASAK!!!

Sunday, November 6, 2011

Icinglicious! Marvelous!

Assalamualaikum...

Di pagi Hari Raya Aidiladha yang aku tak berasa macam raya ni, aku nak berkongsi tentang KEK ICING! Muahaha...!! =P

Sebenarnya, ni kali pertama aku buat kek yang ada hiasan icing! Sebab tu yang semangat lebih ni! Waktu Hari Raya Aidilfitri sebelum ni, aku tak sempat nak buat icing ni.

Semua ni berkat AJARAN NENEK WAN JAH aku yang ada tolong-tolong aku waktu buat kek pada raya yang lepas. Sambil dia putar marjerin dan gula tu, dia cakap kat aku, "Macam ni la kalau nak buat icing. Bla bla bla...."


TA DAAAA!!! Ni la hasil kerja tangan aku yang pertama! Kek icing - CANTIK TAK???

KEK ICING STRAWBERRY!!!

CANTIK..........kotak tisu tu~!

CARA nak buat icing ni SENANG je sebenarnya! Kita hanya perlukan MENTEGA, GULA ICING( gula biasa yang dimesin halus pun ok lah~) dan AIR SEJUK! Tiga-tiga bahan ni hanya perlu diputar hingga menjadi WARNA PUTIH. Bila dah jadi warna putih tu, maksudnya dah kembang la tu, jadi dah boleh sapu pada kek. Kalau nak bagi ada warna sikit, LETAK LA PEWARNA kat icing tu!

 Nak tangkap gambar ni pun aku cari part icing yang cantik sikit! haha

Ntah apa corak aku buat ni??

Rasa sayang pulak nak makan kek ni~!

Saturday, September 10, 2011

Jom buat biskut raya...!!

Assalamualaikum...


Dah lama.aku tak jenguk blog aku ni.. Harini aku nak berkongsi resepi biskut raya kegemaran aku dan adik-beradik aku yang lain iaitu BISKUT OAT COKLAT...!! Bagi aku, biskut ni lebih sedap berbanding almond london yang menjadi pujaan ramai tu! Apa specialnya si almond london tu? Kalau aku makan almond london pun, mungkin sebab coklatnya dan almondnya... Jadi, adalah lebih baik aku buat almond celup coklat!!! Hahaha...


Okey, tak payah cakap banyak, let me teach you how to make the super delicious biscuit. Biskut wajib setiap kali raya neh!!! (lain orang, lain citarasa... tak tahu la anda suka atau tak biskut ni..)


Bahan-bahan:
225g tepung gandum
80g serbuk koko
200g gula kastor
200g mentega
2sudu teh air sejuk
2biji telur
1sudu teh serbuk penaik


⑴putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
⑵masukkan telur kuning dan air sejuk kedalam mentega yang telah diputar tadi. putar lagi hingga sebati.
⑶tuangkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik kedalam adunan tadi,gaul hingga menjadi doh(boleh digentel). Kalau nampak lembik,tambah tepung lagi sikit.
⑷gentel doh tadi menjadi seperti biji guli dah celup kedalam telur putih.
⑸seterusnya gaul dalam oat.
⑹bakar pada suhu 220℃ hingga oat kelihatan kekuningan dan biskut merekah serta berbau SEDAP!
⑺SIAP!!!

ⓢⓔⓛⓐⓜⓐⓣ ⓜⓔⓝⓒⓤⓑⓐ

Friday, December 11, 2009

MARi MAKAN DADiH (^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya kalau beli kat pasar malam, ada jual perisa STRAWBERI, JAGUNG, COKLAT dan ASLI aje...tapi yang ini MANGGA...hahaha....

Semuanya tak mustahil dengan teknologi yang makin pesat membangun ni...bak kata orang putih, "anything is possible!!"...

Dadih yang aku buat ni ialah yang segera punya...aku tak tahu buat dadih cara tradisional...tapi dulu ada jugak umie aku buat yang tradisional ni...guna susu lembu...tapi aku tak ingat macam mana...lagipun, lebih baik aku ingat cara buat dadih yang segera ni...ternyata LEBIH MUDAH!!

Dadih yang aku buat ni KHAS UNTUK KAK aku...haritu, 
sebelum dia balik rumah mak mertua dia, dia ada mintak aku buat dadih...sebab dia ada jugak nak buat dadih, tapi tersalah beli...dia beli JELI...macam mana nak jadi DADIH kan!? hehe...

Aku gunakan dadih berjenama HAPPY GRASS...sebab yang ini yang kawan aku perkenalkan dekat aku...ALYA namanya...dia cakap yang ini sedap...pernah juga aku guna dadih jenama lain...tapi kurang best laa....


Bahan-bahan yang deperlukan hanyalah seperti di dalam gambar-gambar kat bawah ni....






susu sejat satu tin...tak kisah la F&N ker aper ker...










gula 100gram tau...kasi lebih sikit pun tak per...









air 3000ml...tapi nasihat Alya(kawan aku tadi), dia cakap bagi lebih sikit air tu...supaya dadih tak keras nanti...sedap sikit makan...








susu tepung ni tak payah letak pun tak per...tapi nasihat Alya, dia suruh letak...supaya lebih sedap...









Gambar kat tepi ni menunjukkan cara-cara nak buat dadih tu...









Ni pulak SEWAKTU PROSES MEMASAK DADIH dilakukan...







dan ini....dadih yang telah siap!!!

satu paket dadih HAPPY GRASS ni boleh menghasilkan 24 bekas dadih yang dijual pada harga seringgit kat pasar malam...cuba bayangkan...kalau nak beli 24bekas dadih dekat pasar malam,dah RM24 deperlukan...kalau si peniaga bermurah hati, mungkin dapat RM20 aje...tapi kalau BUAT SENDIRI?? dadih baru RM5...susu sejat RM1.20, gula, air, dan susu tepung lebih kurang RM1...tak sampai RM10 untuk dapatkan 24bekas dadih...jimat kan??!! aku tertanya-tanya juga, peniaga dadih ni buat dadih segera atau tradisional ek???hurm...

Apa-apa pun, jom makan dadih!!! kak balik cepat...kang habis...haha

Sekian...trimas...