*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Saturday, September 10, 2011

Jom buat biskut raya...!!

Assalamualaikum...


Dah lama.aku tak jenguk blog aku ni.. Harini aku nak berkongsi resepi biskut raya kegemaran aku dan adik-beradik aku yang lain iaitu BISKUT OAT COKLAT...!! Bagi aku, biskut ni lebih sedap berbanding almond london yang menjadi pujaan ramai tu! Apa specialnya si almond london tu? Kalau aku makan almond london pun, mungkin sebab coklatnya dan almondnya... Jadi, adalah lebih baik aku buat almond celup coklat!!! Hahaha...


Okey, tak payah cakap banyak, let me teach you how to make the super delicious biscuit. Biskut wajib setiap kali raya neh!!! (lain orang, lain citarasa... tak tahu la anda suka atau tak biskut ni..)


Bahan-bahan:
225g tepung gandum
80g serbuk koko
200g gula kastor
200g mentega
2sudu teh air sejuk
2biji telur
1sudu teh serbuk penaik


⑴putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
⑵masukkan telur kuning dan air sejuk kedalam mentega yang telah diputar tadi. putar lagi hingga sebati.
⑶tuangkan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik kedalam adunan tadi,gaul hingga menjadi doh(boleh digentel). Kalau nampak lembik,tambah tepung lagi sikit.
⑷gentel doh tadi menjadi seperti biji guli dah celup kedalam telur putih.
⑸seterusnya gaul dalam oat.
⑹bakar pada suhu 220℃ hingga oat kelihatan kekuningan dan biskut merekah serta berbau SEDAP!
⑺SIAP!!!

ⓢⓔⓛⓐⓜⓐⓣ ⓜⓔⓝⓒⓤⓑⓐ

Thursday, August 11, 2011

selamat tinggal - dina & zizan

Selamat Tinggal-Zizan & Dina

**Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Ulang **

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau kupergi sayangku
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal(jangan tinggalkan aku sayang)

Tuesday, May 10, 2011

kasih cinta luah rasa...

titis-titis jernih tak henti mengalir
saat perkara itu dibangkit
bukan tak ingin untuk memikir
tetapi hati terasa sakit

kau tidak pernah ku lupa,
walau sengaja aku berpura-pura

kau sentiasa ku kasihi
walau luaran seakan benci

kau sentiasa ku cinta
kaulah yang satu tiada duanya
kenangan bersama ku abadikan didada
walau kini mungkin kau dah lupa

aku mungkin kau rindu
tetapi kenapa ini caramu?
menukar rindu kepada sendu
perlukah kau berbuat begitu?

aku tak kisah kau berpaling arah
aku tak kisah kau tak nak mengalah

tapi

aku kisah jika kau berubah
berubah yang aku pun tak tahu kemana arah

siapa kata aku tak peduli?
jauh dihati aku merintih

siapa kata aku benci?
jauh dihati kau ku kasih





**minta maaf, ini bukan puisi untuk kekasih**
~sekian terima kasih~