*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Monday, November 30, 2009

OMBAK RINDU - sampai habis punyer...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Inilah coretanku yang pertama...aku ingin bicarakan
mengenai novel...atau lebih khususnya, novel OMBAK RINDU...sebut sahaja "novel", aku percaya ramai remaja menggilainya, terutamanya remaja perempuan...mereka sepastinya punyai novel, baik novel berbahasa inggeris mahupun dengan bahasa ibunda pertiwi kita. Namun aku? Aku lain dari yang lain...aku tidak meminati novel...minat membaca pun aku tak ada...inikan pula nak baca novel yang tebal tu,j angan haraplah! Kalau aku baca surat khabar, hanya tajuknya sahaja kubacai. Sesekali, aku baca juga isinya. Tapi pada permulaan sahaja. Itupun kalau berita itu menarik perhatianku untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi. Jika ruangan kartun, pasti aku akan berhenti lama membelek ruangan itu. Aku sukakan kartun sama ada yang dilukis, yang bergerak mahupun yang 3D. Ya...macam budak-budak kan?! Tapi usiaku sudah pun 19 tahun satu bulan...sudah cukup untuk seorang remaja seperti aku meninggalkan dunia khayalan kartun ni. Hehe...

Erm..mengimbas kembali suatu ketika dulu. Aku berada ditingkatan 1 ke 2 ke, aku tak ingat...ketika itu, aku menetap di asrama sekolahku, yang kini sudah menjadi salah sebuah sekolah kluster di Malaysia..."Novel ni best giler!"...masih kuingat kata-kata itu, kata-kata yang diujarkan oleh salah seorang temanku diasrama...dia telah membaca novel OMBAK RINDU tu...malah dia juga memiliki novel tersebut! Novel dipasskan dari satu tangan ke tangan yang lain. Sampai satu tahap, ceritera cinta suka duka Izzah dan Hariz tidak dapat dibendung lagi. Aku kesitu,cerita OMBAK RINDU…kesana,OMBAK RINDU lagi…kesini pun OMBAK RINDU menjadi bualan teman-teman sebaya denganku. Agaknya dah ramai membaca novel itu sampai terbawa-bawa kedunia nyata ni. Ada yang tak puas hati dengan Hariz…ada yang ingin menjadi Izzah…aku pun tak faham mengapa ini terjadi.

Aku cuba membaca buku yang lebih kurang setebal satu inci tersebut apabila tiba giliranku. Tidak dinafikan plot penceritaan OMBAK RINDU memang menarik. Tapi ketebalannya (yang mungkin tidak setebal mana bagi peminat novel) telah menghalang aku dari terus menyusuri liku-liku kehidupan Izzah. Kekangan masa juga menghalangku dari meneruskan niatku untuk memupuk minat membaca. Hampir sebulan kupinjam novel itu untuk menghabiskan pembacaanku yang hanya setakat tidak sampai 20 muka surat pun. Mahu terus membaca hingga keakhir, aku kuatiri ramai yang tidak akan berkesempatan membaca novel itu kerana dah nak tiba hujung tahun pada ketika itu. Ada juga yang memaksa aku supaya memberi pinjam buku itu terlebih dahulu pada mereka. “esok jugak aku boleh bagi balik kat hang. Aku baca sat ja!”, kata-kata itu amat mengejutkan aku. Terdetik dihatiku, bagaimana mereka boleh menghabiskan pembacaan dalam hanya satu malam? Aku akui bahawa aku memang lambat membaca. Tidaklah lambat seperti budak tidak tahu membaca, tapi lambat dari rakan-rakan yang lain kerana setiap perincian perkataan aku baca. Tidak ada satu pun yang terlepas dari pandangan mataku. Mungkin itulah sebabnya aku lambat membaca. Aku tak suka langkau-langkau nih! Aku malas lagi hendak membaca novel OMBAK RINDU tu, jadi aku passkan orang selepas aku.

Dua tiga hari selepas itu, temanku menghulurkan aku sebuah novel yang hanya separuh tebal dari OMBAK RINDU. “cubalah baca. Buku ni tak tebal sangat. Best! Try la…”…aku ambil sajalah buku itu. Lagipun tiada orang selepas aku. Tak la aku tergesa-gesa sangat nak menghabiskan pembacaanku. Afiqah sememangnya merahsiakan kewujudan novelnya itu. Dia tak ingin kehilangan novel miliknya lagi. Baru sehelai aku membaca, aku tertarik untuk terus membaca dan membaca. Bukunya yang nipis meningkatkan semangatku untuk terus membaca hingga ke akhir cerita. Memang best novel tu. Tapi malangnya aku tak ingat apa tajuk novel itu untuk aku cadangkan pada korang semua. Bukan setakat tajuk, ceritanya berkisahkan apa pun aku dah terlupa! Inikan pula nak diingatkan nama penulisnya, lagi lah aku tak tahu sebab aku memang tak tahu menahu tentang dunia khayalan yang seakan-akan realiti ini – dunia novel.

Hurm…hasrat nak meningkatkan minat membaca terhenti setakat itu sahaja. Masuk tingkatan tiga, aku masih lagi malas membaca. Tapi aku lebih rajin dari segi pelajaran berbanding tingkatan satu dan dua kerana aku dah keluar dari asrama. Keputusan PMR ku juga memuaskan aku walaupun tak cukup lagi satu A je lagi! Tapi padanlah dengan usahaku, tak seperti ditingkatan 1 dan 2 dimana aku sering fail dan juga mendapat nombor yang agak tercorot. Aku bersyukur. Berbalik kepada coretan OMBAK RINDU, seminggu yang lepas, sebelum HARI RAYA AIDILADHA, temanku di universiti mengajak aku keluar. Boring katanya. Aku turuti sahaja ajakan Azie tu. Lagipun, bagus juga! Dapat aku berjalan-jalan disekitar Bandaraya Alor Setar ni! Kalau tak, terperap dalam rumah sajalah, jadi tukang masak sepenuh masa.

Setelah bersetuju, Azie memandu kereta Storm milik ayahnya ke Star Parade atau lebih dikenali sebagai Pacific. Aku ada tujuan juga kesitu iaitu mencari kain ntuk umieku tercinta. Penat berjalan, kami ke food court untuk makan tengah hari. Kemudian ke kedai buku POPULAR yang sememangnya popular pula. Azie ke ruangan novel dan aku mengikuti dia. Aku sememangnya tiada apa-apa nak dibeli disitu. Tetapi tiba-tiba terlintas difikiranku untuk membeli juga mana-mana novel. Tujuanku bukan untuk meningkatkan minat membaca lagi. Tetapi bertujuan untuk menganalisa corak penceritaan penulis-penulis novel kerana aku ingin menyiapkan novel yang aku cipta sejak dari tingkatan dua lagi. Novel aku tu sering tertangguh-tangguh penceritaannya. Buku notaku itu dibelek semula setelah aku terpandang buku tersebut. Nak tergelak juga aku dengan cerita yang kucipta sendiri. Bukan plotnya tidak menarik, tapi bahasa yang kugunakan macam budak darjah enam punya bahasa! Budak darjah enam pun mungkin lebih sedap bahasa sasteranya.

Cuti semester yang hampir dua bulan ini ingin kugunakan untuk menulis semula novel yang kukaryakan itu. Akanku siapkan dah cetak. Tapi aku perlu betulkan bahasaku terlebih dahulu! Jadi tanpa ragu-ragu, aku nekad nak membeli mana-mana novel untuk dijadikan panduan membetulkan bahasa kebudak-budakkan ku ini. Aku membelek-belek novel yang ada didalam POPULAR tu. Mataku tertumpu pada novel yang berkulit ungu. Tulisan tajuknya bewarna keemasan. Tertera nama FAUZIAH ASHARI dibawah tajuk novel tersebut. Ya! OMBAK RINDU! Dahulu pernah aku ketahui tentang novel ini! “Azie, novel ni best kan?”Soalku pada Azie sambil menunjukkan novel tersebut. Setelah dia mengangguk, aku terus mengambil buku tersebut tanpa keraguan!

Aku mesti siapkan novel ciptaanku! Aku nekad walaupun tahu bahawa aku tidak mungkin berjaya membacanya hingga ke muka surat terakhir. Apa yang penting, aku dapat mempelajari gaya penulisannya! Aku berfikir sendiri. Sepulangnya aku ke rumah, aku terus membaca novel itu. Pada permulaannya, memang aku perhatikan corak bahasa dan ayat yang penulis gunakan. Tapi semakin jauh aku melayari kisah percintaan itu, semakin jauh aku hanyut dari tujuan asal. Masa lapangku digunakan untuk menghayati setiap cerita hidup dalam OMBAK RINDU. Kadang-kadang kurasai seolah-olah akulah Izzah. Kadang-kadang seolah-olah Mila juga! Aku sememangnya terbawa-bawa dengan cerita itu di dalam kehidupanku yang nyata, seperti rakan-rakanku suatu ketika dahulu la jugak! Haha…bila tiba babak pertengkaran,aku membaca dengan pantas – suspend la katakan… sewaktu babak-babak sedih, aku turut menitiskan air mata. Aku simpati tapi tetap kagum dengan kesabaran dan kelembutan Izzah. Macamlah Izzah ni wujud! Tapi aku tetap kagum!

Aku juga tabiklah pada FAUZIAH ASHARI ni! Pandai dia mengorak langkah kisah cinta OMBAK RINDU ni. Tak membosankan, LANGSUNG!!! Kan bagus jika bahasaku seperti bahasa beliau. Apa-apa pun, pembacaan aku terhadap OMBAK RINDU ni sedikit sebanyak memupuk minatku dalam membaca dan ia turut juga memberi aku idea dalam mencorakkan bahasaku dalam novelku kelak. Walaupun coretanku ini mungkin masih berbau kekanak-kanakkan, aku akan terus cuba memperbaikinya. TERIMA KASIH BUAT FAUZIAH ASHARI yang menulis novel yang bisa menggugurkan air mata aku dengan ketabahan Izzah. Dan SYABAS JUGA BUAT AKU kerana berjaya membaca hingga ke pengakhiran cerita dalam masa tidak sampai satu minggu. Haha…tak sia-sia aku beli novel ni…

Sekian…trimas…

2 comments:

  1. Salam,

    Ada sesape nk jual nvel ombak rindu sila email saya.

    adnil_jr@yahoo.com
    Sms : 013-5571781

    ReplyDelete
  2. (alamak! baru perasan ada komen lah...)
    sori la adnil...
    sy sayang nak jual novel ni. maklumlah novel pertama yang dibeli... hehe...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~