*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Sunday, March 20, 2011

AL-KITAB? AL-QURAN?? INJIL???

Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.
“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.
Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.
“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.
Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu  dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.
Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.
Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.
Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.
Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.
Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.
“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.
Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.
“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?
“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.
Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam BahasaMalaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.
“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.
Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.
“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?
“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.
Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan KuchingSarawak, dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.
“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.
Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.
“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.


Terdapat sebanyak 683 komen terhadap isu ini... bermacam-macam pandangan, pertikaian dan persoalan dikeutarakan... APA yang mampu aku katakan ialah, BERIMANLAH PADA AGAMA DAN KITAB MASING-MASING DENGAN YAKIN... Kita manusia akhir zaman... Memang macam-macam dugaan datang kepada kita dalam cubaan Dajjal Laknatullah untuk menyesatkan umat manusia! Jika kita, BERIMAN & BERAMAL dengan agama kita, ISLAM, dengan sesungguhnya, INSYAALLAH Allah akan tolong hamba-Nya...

Aku takut jika terpaksa hadapi hari kiamat.. takut jika terpedaya dengan tipu daya syaitan... 

YA ALLAH, ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa rakan-rakanku, dan dosa sekalian umat Muhammad... Sesungguhnya Engkau MAHA PENGAMPUN! lengkapkanlah budi pekerti kami dan janganlah Engkau biarkan kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.... ampunkan dan peliharalah kami dan agama kami... Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Karim.... Amiiinnn...

** jika aku ada tersalah kata, sila tegur... aku cuma insan hina yang amat kerdil disisi-Nya **

Wednesday, March 16, 2011

diEt kER...???

Assalamualaikum...

"DiEt kER...???" merupakan soalan biasa yang akan keluar dari mulut kawan-kawan korang apabila melihat korang tak makan, sebagai contoh, makan malam...

Macam mana aku boleh fikir nak cakap tentang  "diEt kER...???" ni ialah kerana hari ini aku malas nak makan malam... Biasalah kan, kadang-kadang kita akan rasa malas nak makan... Ataupun masih terasa kenyang...

Aku ditanya, "Fatin tak makan malam ke?"... Aku jawablah yang aku malas nak makan... Dan soalan yang terus terpacul dari mulut kenalanku itu ialah "diEt kER...???"

SEBENARNYA, tahukah korang dengan erti sebenar "diet" tu???







tak makan = diet
makan sikit = diet
makan sayur-sayur aje = diet

SEMUA yang diatas ini adalah SALAH!!!

DIET ni bukan saja merangkumi kuantiti pemakanan kita...

TAPI.........

erti diet yang sebenar ialah pemakanan yang seimbang yang diambil dengan kuantiti yang sepatutnya dan pada waktu yang sepatutnya~

JADI....Selepas ini jika ada kawan-kawan korang tak makan ker...makan sikit atau mungkin juga cuma makan sayur, janganlah menonong aje cakap yang diorang diet...




DIET ni bukan saja untuk orang yang agak berisi...
DIET ni bukan saja untuk orang kurus maintain slim...

.::. DIET PERLU BAGI SEMUA ORANG (TAK KIRA TUA, MUDA, BESAR, KECIL) SUPAYA DAPAT MENJAGA KESIHATAN MASING-MASING .::.







>> AYUHLAH KITA JAGA KESIHATAN MASING-MASING AGAR TAK MERANA DI MASA HADAPAN <<


( ajak orang jaga kesihatan, tapi aku pun main hentam je makan! )

Monday, March 14, 2011

<> PeRiSTiWa JePuN 11 MaC 2011 <>











BEGITULAH TRAGEDI DASYAT 11 MARCH 2011 YANG MELANDA JEPUN...

apakah ia punyai kaitan dengan peristiwa "LUNAR PERIGEE" atau juga dikenali sebagai "SUPERMOON"?
semuanya ketentuan ALLAH YANG MAHA ESA...
setiap yang diaturkan-NYA pasti ada HIKMAH dan SEBABNYA...
namun kita MASIH LALAI, kita MASIH LEKA...
hidup seolah-olah dunia ini KEKAL SELAMANYA!
mengejar wang dan juga HARTA,
tanpa pedulikan NYAWA dan PERINTAH-NYA...

mari kita AMBIL IKTIBAR~
fikirkanlah andai MALAYSIA yang terkena MUSIBAH tersebut...
fikirkanlah dunia akan KIAMAT...
mungkin kita akan sedar bertapa KERDILNYA kita...