*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Wednesday, March 16, 2011

diEt kER...???

Assalamualaikum...

"DiEt kER...???" merupakan soalan biasa yang akan keluar dari mulut kawan-kawan korang apabila melihat korang tak makan, sebagai contoh, makan malam...

Macam mana aku boleh fikir nak cakap tentang  "diEt kER...???" ni ialah kerana hari ini aku malas nak makan malam... Biasalah kan, kadang-kadang kita akan rasa malas nak makan... Ataupun masih terasa kenyang...

Aku ditanya, "Fatin tak makan malam ke?"... Aku jawablah yang aku malas nak makan... Dan soalan yang terus terpacul dari mulut kenalanku itu ialah "diEt kER...???"

SEBENARNYA, tahukah korang dengan erti sebenar "diet" tu???







tak makan = diet
makan sikit = diet
makan sayur-sayur aje = diet

SEMUA yang diatas ini adalah SALAH!!!

DIET ni bukan saja merangkumi kuantiti pemakanan kita...

TAPI.........

erti diet yang sebenar ialah pemakanan yang seimbang yang diambil dengan kuantiti yang sepatutnya dan pada waktu yang sepatutnya~

JADI....Selepas ini jika ada kawan-kawan korang tak makan ker...makan sikit atau mungkin juga cuma makan sayur, janganlah menonong aje cakap yang diorang diet...




DIET ni bukan saja untuk orang yang agak berisi...
DIET ni bukan saja untuk orang kurus maintain slim...

.::. DIET PERLU BAGI SEMUA ORANG (TAK KIRA TUA, MUDA, BESAR, KECIL) SUPAYA DAPAT MENJAGA KESIHATAN MASING-MASING .::.







>> AYUHLAH KITA JAGA KESIHATAN MASING-MASING AGAR TAK MERANA DI MASA HADAPAN <<


( ajak orang jaga kesihatan, tapi aku pun main hentam je makan! )

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~