*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, May 25, 2010

~RiNDu ZamAN SeKoLaH (^_^)

Assalamualaikum...

Aku baru saja sudah mengemas buku-buku dalam bilik adik aku... Buku-buku tu nak diberikan kepada pepustakaan sekolah umieku. Buku latihan dan nota di sekolah menengah, dah tiada siapa nak gunakan buku-buku tersebut. Jadi untuk jimatkan ruang, umie bercadang nak bagi aje dekat sekolah dia.

Tapi sebelum tu aku kena pastikan dulu buku mana yang sesuai dan tidak sesuai diberi. Sedang aku membelek-belek semua buku yang ada, aku terjumpa buku latihan Bahasa Inggeris yang pernah aku gunakan sebagai nota aku suatu ketika dulu (ayat macam lama sangat je!). Teringat aku pada Teacher Rahmah yang garang tu... hehe... Bagi aku, beliau tak garang... Aku suka belajar dengan beliau walaupun kadang-kadang tu aku takut! Mungkin umie pun macam ni. Garang, tapi pelajar tetap suka dia. Setiap tahun pasti umie dapat banyak hadiah pada hari guru dan akulah tukang membuka hadiahnya!!! (^_^)

Ok, berbalik kepada tajuk ~RiNDu ZamAN SeKoLaH (^_^) ni, bila aku terus membelek lagi buku yang ada, aku terjumpa pula buku latihan Bahasa Melayu. Teringat pula aku pada arwah Cikgu Syarafuddin. Beliau sedang mengajar di dalam kelas dan aku di sini sedang melukis. Aku memang suka melukis walaupun taklah cantik. Tapi aku bukanlah leka melukis sampai tak dengar apa yang cikgu ajar...

Hmmm... Terasa rindu sangat untuk mengulangi proses pembelajaran di sekolah. Namun masa tak boleh diputarkan kembali... Hidup mesti diteruskan walau apapun terjadi! Aku mesti HIDUPKAN SEMULA semangat belajar aku semasa di sekolah pada waktu ini! kalau dilihat nota-nota aku disekolah, adalah lebih kemas berbanding sekarang (walaupun masih serabut berbanding orang lain!). Jadi, sem depan (sem 3) ni, aku mesti pastikan nota aku lebih tersusun. SUPAYA AKU RAJIN sikit nak membelek nota-nota aku... Rasa SAYANG tau nak berikan nota-nota waktu sekolah aku ni pada orang. Tapi kalau aku simpan pun, nak buat apa lagi kan!?

2 comments:

  1. sangat menarik, terima kasih

    ReplyDelete
  2. masyehhh... =)
    rindu zaman skola gak ke?

    ReplyDelete

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~