Betulkah manusia semakin pupus??? Bukankah manusia semakin ramai kat dunia ni...? Sampaikan rumah pun kena buat tinggi-tinggi macam kondo, flat, dsb. semata-mata nak jimatkan penggunaan tanah atas muka bumi ni...
KENAPA AKU CAKAP MANUSIA SEMAKIN PUPUS?
Biar aku terangkan ya!
“PERIKEMANUSIAAN” merupakan salah satu elemen PENTING yang perlu ada pada manusia... Kamus Dewan Online mentafsirkan perikemanusiaan ni sebagai "sifat-sifat yg wajar bagi manusia (spt bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); 2. keadaan manusia umumnya; berperikemanusiaan mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb)" . Jadi, bagi aku, jika hilangnya sifat keperimanusiaan ni dari dalam jiwa manusia, maka seseorang manusia tu tak layak untuk digelar sebagai manusia... Nak digelar manusia tu sebagai binatang pun tak layak juga sebab binatang lebih berperi’kemanusiaan’ berbanding manusia tu sendiri... Macam yang pernah aku coretkan dalam coretan aku yang sebelum ni iaitu “Cheetah tak buang anak pun!”... Sedangkan binatang ada pun hati perut!!!
Sebagai BUKTI MANUSIA SEMAKIN PUPUS ialah kita tengok saja dalam surat khabar KOSMO! bertarikh 24 Februari 2011, hari Khamis. Mungkin ada dikalangan korang tengok berita ni di tv atau dengar di radio... Berita yang bertajuk “Pencuri beras berhati hitam” pada surat khabar tersebut cukup untuk membuktikan bahawa manusia kini dah tak lagi punyai sifat perikemanusiaan tu... Cuba bayangkan si pemandu lori tu ialah orang yang kita sayangi, ibu kita, ayah kita, anak kita, atau mungkin juga kawan baik kita... SANGGUPKAH kita biarkan mereka tu terus terperosok dalam lori tu semata-mata untuk mengutip beras yang belum tentu lagi HALAL HARAMNYA untuk kita makan?!! AKU SANGAT SEDIH baca berita ni walaupun mangsa bukannya sesiapa bagi aku... Bukan aku sedih kerana salah seorang meninggal... Tapi aku sedih mengenangkan SIKAP MANUSIA yang macam !@#$%^*& aje!!! Terasa macam nak PENGGAL KEPALA setiap seorang yang tak peduli keadaan si mangsa! MEMANG TERUK!!!
LAYAKKAH ORANG-ORANG NI DIGELAR MANUSIA??? Cuba korang jawab...
**KLIK PADA GAMBAR JIKA NAK BACA BERITANYA**
Kita tengok pula surat khabar yang bertarikh 3 Mac 2011... Surat khabar The Malay Mail yang muka depannya bertajuk “SHOCKING! Kitten kicked, bashed and stomped in Facebook clip” yang aku ambil di stesyen LRT ni betul-betul membuat aku MARAH!!! MANA SILAPNYA si anak kucing tu hingga dibunuh kejam macam tu? Sekali lagi KESEDIHAN melanda hati aku... Tapi kali ni bukan hanya kerana sikap MANUSIA tu, tetapi juga kerana KEMATIAN anak kucing tersebut... Sebab AKU MEMANG SANGAT SUKAKAN BINATANG, APATAH LAGI KUCING!!! Kalau nak tengok video tu, KLIK DISINI.
Aku tak faham apa sebabnya dia buat macam tu... TAPI YANG PASTI, aku harap sangat yang UNDANG-UNDANG MALAYSIA mengenakan tindakan pada si pembunuh atau pendera kucing... Terkenang aku pada tugasan bagi matapelajaran WRITING ENGLISH , BBI2401 yang aku ambil pada semester 3 dulu... Aku dan partner buat tugasan tentang “Animal Abuse” dan dalam pencarian maklumat kami, kami temui satu kenyataan hasil daripada kajian siapa entah yang menyatakan bahawa sebahagian daripada penjenayah yang melakukan pembunuhan ni pernah mendera atau membunuh binatang. Dalam erti kata lain, mereka merupakan “pembunuh kecil-kecilan” sebelum menjadi “pembunuh besar-besaran”.
Jadi, adalah PENTING untuk kita sama-sama membanteras GEJALA PENDERAAN HAIWAN ni supaya gejala yang lebih DASYAT daripada ini DAPAT DIKURANGKAN!!!
**KLIK PADA GAMBAR JIKA NAK BACA BERITANYA**
Itu baru dua isu yang dikupaskan tentang PERIMANUSIAAN YANG TELAH HILANG... Jika nak dibincangkan lebih mendalam, BANYAK LAGI MANUSIA YANG TELAH PUPUS dalam dunia ni! Dalam MALAYSIA yang luasnya hanya 329,847 km2 (berbanding luas permukaan bumi yang sebesar 510,072,000 km2) pun dah banyak SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA... Apatah lagi dalam dunia ni...
Aku harap, korang bukanlah antara manusia yang tergolong sebagai PUPUS ya?
RENUNG-RENUNKAN dan SELAMAT BERAMAL (^_^) ..
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~