*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Thursday, February 10, 2011

Perjalanan yang perit~

Assalamualaikum...

Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan yang disambut di Malaysia... Biasalah, kalau dah namanya "raya",tentu ramai yang balik kampung untuk raikan perayaan ini bersama keluarga... Terutama kaum Cina. Tapi kaum Melayu dan India pun turut pulang ke kampung juga pada perayaan ini. Sebabnya dah dapat cuti, tentulah nak balik jumpa keluarga kan! Bagi pelajar universiti pula, nak balik untuk melepaskan kerinduan pada keluarga dan juga untuk melepaskan tekanan belajar di universiti. Tak lupa pelajar matrikulasi serta para pelatih PLKN!Semuanya balik ke kampung halaman masing-masing...

Apa dah jadi kalau semua pakat-pakat balik rumah? Tentulah jalan raya akan menjadi SESAK dan seperti biasa, akan berlakulah banyak kemalangan jalan raya... Dan nasib tak menyebelahi aku kali ini...

KENAPA?

Salah aku sendiri jugalah! Biasanya, apabila aku nak pulang bercuti di negeri jelapang padi aku ni, aku akan bagitahu umie untuk beli tiket bas pulang ke UPM. Namun pada kali ni, kesibukan serta ketensionan aku menyebabkan aku TERLAMBAT bagitahu umie... Jadi, dapatlah aku TIKET BAS TAMBAHAN... pada jangkaan aku, tak akan ada masalah lah dengan "bas tambahan" ni sebab aku TAK PERNAH lagi naik bas tambahan.

TAPI... MALANGNYA, sangkaan aku SALAH SAMA SEKALI!!!

Al-kisahnya bermula pada pukul 9.00pagi...

9.00pagi: bertolak dari rumah ke stesyen bas Shahab Perdana... Disebabkan bas adik aku pukul 10.00pagi dan aku pukul 11.00pagi, jadi kami pergi Shahab pukul 9.00pagi sebab takut jalan depan rumah aku ni sesak...biasanya jalan ni sesak! tapi ntah kenapa hari ni tak sesak pulak...

9.30pagi: pergi kaunter tiket untuk tanya tentang bas mana yang bakal adik aku naiki. Kaunter 21 cakap (kaunter boleh cakap? haha... orangnya lah!), pergi kaunter 27... TAPI, mana ada orang di kaunter 27!!! Tunggu punya tunggu, tak jugak orangnya sampai. Pergi kaunter 21 balik, Tanya mana orangnya? Dah dekat pukul sepuluh dah ni!

9.58pagi: orang di kaunter 27 baru datang. Dah la ramai orang nak tanya dekat kaunter ni!

10.00pagi: bas belum sampai...

10.30pagi: bas masih belum sampai!

10.45pagi: bas baru sampai...dan giliran aku pulak nak tanya kaunter tu bas apa yang aku kena
naik...terkedu aku baca tulisan yang ditulis oleh jari-jemari orang di kaunter yang tersebut!

11.00pagi: umie.....aku bagi umie baca apa yang orang tu tulis... “WRF 2571, kaunter 1,2.00pm”...PUKUL 2.00PETANG??? PUKUL 2.00PETANG!!! KENAPA TUNDAAAAAAA!!! Aku dah plan taknak sampai malam di Stesyen Bas Bukit Jalil nanti... kalau aku berteman, tak kisah lah..tapi aku seorang aje ni! Mesti aku akan sampai malam sebab jalan mesti sesak...

11.30pagi: bas adik aku baru bertolak...bas pukul 10.00pagi, tapi pukul 11.30pagi baru gerak..dah nama pun bas tambahan...jangan bas aku pun gerak lambat sudahlah! Aku bajet, dalam pukul 8.30malam aku sampai Bukit Jalil kalau bas tu bergerak tepat pukul 2.00petang + kesesakan jalan.

11.45pagi: pergi jumpa orang di kaunter 27. Nak negotiate pasal waktu bas dan kalau boleh nak tukar naik bas yang bergerak awal sikit... nego punya nego, tak dapat jugak..jadi terpaksa lah naik jugak bas pukul 2.00petang tu...

12.30tengah hari: pergi Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB Bank... (ada lawatan bank ke bank ke ni?) umie ada urusan sikit...

12.50petang: pergi KFC untuk makan tengah hari... dah habis makan (tak habis pun sebenarnya, yang lebih tu dibungkus!), terus la ke Shahab Perdana balik....

1.30petang: pergi kaunter 27, nak pastikan pasal bas ni.. orang tu cakap “adik pergi platform 1 (sambil tangan menunjukkan kea rah platform 1 untuk bas sekitar Kedah, bukan platform untuk bas ekspres...), adik tunggu situ. Jangan pi mana-mana pulak! Bas dah ada...”

1.40petang: aku pergi ke platform yang dinyatakan tu sambil kehairanan....kenapa platform 1, bukan 2? Dan kenapa dekat sini, bukan di tempat bas ekspres? Betul ke yang aku tengok dan dengar tadi? Memang betul lah! Sebab aku ada terdengar salah satu penumpang bas yang sama menyebut nombor plat bas tu...

1.55petang: bas belum datang...aiii!!! nak jadi macam kes adik aku tadi ke?

2.05petang: aku dan semua penumpang bas WRF 2571 diarahkan naik bas yang tak berapa nak cantik dan selesa yang sejak tadi ada depan mata kami. Katanya, “Kena naik bas ni dulu untuk pi Titi Gajah. Nanti sampai sana baghu tukaQ bas. Bas WRF 2571 tu dok kat workshop.”

2.15petang: bas bertolak dari Shahab untuk ke Titi Gajah. Bas yang aku naik ni “sangatlah selesa” untuk perjalanan jauh disertakan dengan lagu-lagu yang lirik dan rentaknya dikarang oleh besi-besi serta skru-skru yang terdapat pada bas ni. Dalam hati aku berharap agar bas ni akan benar-benar ditukar bila tiba di Titi Gajah. Jangan sampai bas ni jejak bumi KL sudah la!

2.35petang: Semua penumpang dah ada atas bas ekspress yang ada dekat Titi Gajah tu dah...Tapi masalahnya, barangbarang semua masih diluar sebab tempat barang ni tak dibuka. Pemandu bas pun tak ada!

2.50petang: ada bas baru datang ke tempat kejadian. Dan semua diarahkan untuk naik bas yang baru datang ni...salah bas rupanya? Patutlah tak ada pemandu. Tapi, bas yang baru datang ni pun bukan bernombor plat WRF 2571! Kenapa ye? Waktu semua dah ada dalam bas, orang yang tadinya jaga kaunter tu cakap, “Bas tak boleh turun Bukit Jalil, nani kena saman! Boleh turun Duta je.”.. APAA??!!!! Takkan lah aku nak turun dekat Hentian Bas Jalan Duta! Mana ada LRT atau monorel dekat situ....awal-awal taknak bagitahu..menyusahkan orang lah!!!

3.13petang: bas bertolak ke KL... kata pukul 2.00petang...akhirnya, pukul 3.00petang jadinya! Hatiku Cuma fikir satu jer, macam mana aku nak balik UPM? Naik teksi, seorang diri? Naik bas komuter UPM? Bas tu cuma ambil di Stesyen Komuter Serdang dan Mines aje...tidak di Duta... CONFIUS!!!

**Dalam bas memang aku asyik fikir pukul berapa aku akan sampai dan macam mana aku nak ke UPM. Sepanjang perjalanan, ada aje tempat yang sesak. Sebelum masuk negeri Pulau Pinang (masih dalam negeri Kedah) ada sedikit kesesakan. Bermula di Juru sampai ke Sungai Perak, memang sesak sepanjang jalan!!! Dalam bas, masih sempat aku mesej rakanku yang menaiki bas pada pukul 4.00petang. Dia ada jauh dibelakang aku. Katanya, bas macam tak bergerak pun. Yang aku pulak dah jadi macam ??? trafik dah, asyik melaporkan keadaan trafik pada dia. Di Sungai Perak, laluan untuk ke utara tinggal satu lorong aje. Lagi satu lorong tu dah jadi lorong untuk ke selatan. Mujurlah kesesakan jalan raya ni diubati dengan cerita yang ditayangkan oleh pembantu pemandu bas ni. Cerita yang bertajuk “SENARIO Asam Garam”...kelakarlah cerita ni! Tergelak aku sendirian dalam bas tu...harap-harap orang sebelah aku tak fikir pelik lah... hehe...Di R&R Sungai Perak ni pun ramai yang berhenti hinggakan tempat parkir bas pun dah jadi parkir kereta! Bas yang aku naiki ni berhenti rehat disitu selama setengah jam.

6.45petang: bas mula bertolak ke KL semula. Jalan nampaknya okay... tak sesak! =)

7.15malam: alamak!!! Jalan jadi sesak balik lah!!! Baru aje nak rasa lega...tiba-tiba kakak aku mesej, tanya aku dah sampai ke? Dan dia cadangkan aku supaya minta tolong pada makcik aku yang menetap di Sri Kembangan. Baru aku terfikir, “a’ah kan! Aku ka nada makcik dekat sini!!!” (Minta maaf ye makcik sebab terlupa pulak makcik ada kat KL...) bukan apa, bab susah-menyusahkan orang ni, aku tak berapa berkenan sangat...tapi nak tak nak, kena lah aku minta tolong jugak... takkan nak naik teksi seorang diri untuk balik UPM...lagi-lagi aku ni perempuan...BAHAYA...

8.00malam: jalan masih sesak... sekali lagi penumpang dihiburkan dengan tayangan filem, kali ini cerita “Mantra” pulak...cerita tentang ilmu hitam, pada waktu malam...elok sangatlah tu! Hahaha...

**Tengok cerita, tengok jugak! Tapi mata aku tak henti-henti mencari papan tanda. Aku nak tahu lokasi dimana aku sekarang supaya mudah aku nak anggarkan pukul berapa makcik perlu datang ambil aku..nak tahu apa yang aku nampak pada papan tanda tu??? “KUALA LUMPUR 230KM”..... aku dah lebih 5jam dalam bas ni! Sepatutnya aku dah tiba di Duta! TAPI, ADA LAGI SEPARUH perjalanan perlu ditempuhi!!! Memang takkan mungkin lah untuk tiba disana pada pukul 100.00malam! jadi, memang terpaksa jugaklah minta tolong makcik aku.. tiba-tiba bas ni keluar dari highway dan masuk jalan biasa...aku tak ingat dekat exit mana bas ni keluar. Aku pun dah penat mencari papan tanda untuk ketahui lokasi. Badan pun dah lenguh-lenguh. Mata pun dah semakin mengantuk dan letih. Maka aku pun tertidur..

2.30pagi: terjaga dari tidur...bas dah masuk highway balik...kini lokasi aku ialah di Sungai Buloh. Dah dekat... (^_^) bas ni ada berhenti di beberapa tempat untuk menurunkan penumpang atas permintaan penumpang itu sendiri.

3.00pagi: tiba di Hentian Duta...wah?!! 5 atau 6 jam perjalanan dah jadi 12JAM PERJALANAN!!! Apa yang aku fikir, tidur, tidur, tidur aje...

3.18pagi: tiba di Kolej 11, UPM dengan menaiki kereta pakcik aku(terima kasih pakcik dan makcik...dan maaf sebab menyusahkan pakcik makcik). Pintu pagar dah tutup dan ada dua orang pengawal terpacak depan ni... setelah disoal siasat, barulah dia buka pintu pagar ni.

3.23pagi: tiba di bilik aku. Tombol pintu yang berkunci itu kubuka. Tapi, pintu masih tak dapat dibuka sebab kakak sebilik denganku ini mengunci pintu dengan satu lagi tempat nak kunci bilik (susah nak terangkan). Jadi, terpaksalah aku ketuk-ketuk pintu tu sebelum dapat masuk. Mujurlah kakak ni mudah terjaga....

3.33pagi: zzzzzzzzz...... tidur lah aku dengan nyenyaknya. (^_^)

KESIMPULANNYA rakan-rakan, kalau dah tahu semua orang bercuti pada waktu yang berkenaan, beli lah tiket awal-awal ye?! Jangan sampai dapat tiket bas tambahan macam aku...macam-macam masalahnya! Perit perjalanan 12jam dalam bas + 5jam pembaziran waktu ni...semuanya, 17jam..... hmmm...

AKU SERIK UNTUK MENAIKI BAS TAMBAHAN~ dan AKU SERIK PULANG KE KL PADA WAKTU YANG ORANG LAIN PUN TURUT PULANG KE KL~

Sekian...

Tuesday, December 21, 2010

Cheetah tak buang anak pun!

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak kemas kini blog aku ni... Sekarang ni aku tampil dengan tajuk "Cheetah tak buang anak pun!".. Apa kena-mengena dengan cheetah ni ye? Al-kisahnya macam ni... Tadi aku ada tengok satu rancangan dekat TV1 ni.. Nama rancangan tu, "National Geographic".. Harini NG cerita pasal harimau bintang a.k.a cheetah la kan... Tapi, part yang paling aku tertarik ialah part dimana seekor cheetah ni menangkap seekor babun... Lalu diheretnya babun tu naik keatas pokok untuk dimakan. Sebelum si cheetah sempat makan babun tadi, cheetah ternampak ada seekor anak babun pada ibu babun yang dia tangkap tadi... Anak babun yang lemah tu memang tak dapat nak lari dari cheetah tu... Habislah si anak babun tu bakal dimakan oleh si cheetah!

Itu apa yang aku fikir... Tapi sebaliknya, si cheetah tu tak makan pun anak babun tadi! Si cheetah siap protect lagi anak babun tu dari haiwan apa ntah yang datang!!! Digonggongnya si anak babun oleh si cheetah ke tempat yang selamat... Si cheetah tinggalkan anak babun di tempat selamat tu dan kembali kepada pokok yang ditinggalkan mangsanya tadi untuk memakannya... Lepas makan, si cheetah pergi balik dekat anak babun tadi untuk terus jaga anak babun tu.. bila anak babun macam nak terjatuh pokok, cheetah tu tolong betulkan balik kedudukan anak babun tu supaya tak jatuh... Sampai la anak babun tu tidur, si cheetah pun tidur bersama-sama dengan anak babun tu... Si cheetah jaga anak babun tu macam anak babun tu anak si cheetah pulak...

APA SEBENARNYA AKU NAK CAKAP KAT SINI???


Aku nak cakap pasal sikap manusia zaman sekarang... Kenapa ada manusia yang cukup sempurna akal, diberikan hati, dan dianggap sebagai makhluk yang paling mulia ni sanggup buang bayi yang lemah dan comel tu yer????? Sedangkan cheetah yang makan babun pun jaga anak babun walaupun cheetah tak punyai akal yang sempurna macam manusia! Kalau nak kata "manusia sedemikian kejam macam binatang", aku rasa tak sesuai ayat tu! Sebab?

Sebabnya binatang pun tak sekejam MANUSIA!!!

Jadi wahai manusia, ayuhlah! JANGAN BERTINDAK KEJAM YER?!

Monday, September 6, 2010

SALAM LEBARAN....

Assalamualaikum...

Dah agak lama aku tak menulis dan update blog aku ni... Kehidupan aku di UPM pada sem 3 ni langsung tak menyempatkan aku nak bermain internet sangat... Setiap hari, kelas aku sampai pukul 7 petang...aku tak kisah kelas tamat pada pukul 7 petang tu, tapi masalahnya, jadual kelas aku sem ni hanya memberi aku peluang untuk buat apa-apa homework pada sebelah malam sahaja...tu pun, sudah tentu lah aku dah letih bila malam sebab dari pagi ada kelas... hmm... kelas aku tak padat... tapi ada gap waktu dalam lebih kurang sejam atau dua jam...nak balik kolej? tak payah lar...buat penat badan jer...dan lagi satu, kelas aku banyak di main campus... nak tunggu bas pun dah setengah jam atau lebih...tu yang memakan masa aku juga tu!

apa-apa pun, lupakan tentang jadual kelas aku...

bercakap pasal raya, semua orang suka beraya kan...?!
- kuih raya
- biskut raya
- kek raya
- duit raya
- macam-macam raya lagi lah!!!
tahun ni aku akan beraya di kelantan jika tiada aral menghalang. dah lama aku tak kelik kelate... raya kali ni pasti seronok berbanding tahun lepas...ini kerana, tahun lepas, tiada saudara-mara yang pulang kerumah tok aku yang terletak dihadapan rumah aku ni... semuanya ada hal masing-masing... kakak aku pula buat pertama kali beraya di sarawak dengan suaminya... memang sunyi sikitlah perayaan tahun lepas... tahun ni pun kakak aku masih beraya di sarawak!

waktu di UPM, memang tak sabar aku nak pulang kerumah... tapi, sewaktu perjalanan pulang, ada-ada je halangan yang datang. mula-mula, tak dapat teksi... teksi tak guna meter... lepas tu, pemandu teksi berpura-pura tak tahu jalan ke stesen bas Bukit Jalil pulak! sengaja jer uncle tu ikut jalan jauh untuk ambil tambang lebih. malas nak bertekak, aku dan rakan-rakan bayar jer tambangnya. tak sempat dah nak bertekak sebab dah nak pukul 5.30petang untuk naik bas. dah naik bas, pakcik bas tu pulak kecoh pasal beg besar, beg kecik, letak di atas, di bawah...adoiii...

dalam kira-kira sejam, bas baru tiba di hentian bas Duta - jalan jem!!! kemudian dari Duta, bas langsung tak berhenti dimana-mana walaupun untuk berbuka puasa dan solat... jadi, berbuka dalam bas ajelah...mujur dah beli makanan... setibanya di R&R Sg. Perak, baru la bas ni berhenti... itu pun sebab ada penumpang yang minta... setelah lebih kurang sejam di R&R tersebut, bas bertolak semula untuk meneruskan perjalanan. tak sampai sepuluh kilometer (mungkin), bas yang dinaiki tu berhenti ditepi jalan - aircondnya rosak...hampir dua jam jugalah menunggu orang yang berkenaan datang membaiki aircond tu... kemudian, bas bergerak semula setelah semuanya selesai... aku pula tertidur sampai tak sedar apa-apa... kawan aku cakap, bas ni ada berhenti lagi 2kali atau lebih atas kerosakan yang sama... kali terakhir bas ni berhenti, kawan aku mengejutkan aku yang sedang asyik dibuai mimpi. kami diarahkan turun dari bas dah menaiki salah satu daripada dua bas yang sedang menunggu dihadapan bas kami... katanya, "kita kena berdiri kalau nak naik bas ni...". sudah tentulah! sebab bas yang 2 tu pun dah ada penumpangnya sendiri... nasib baikla bas yang aku naik ni masih ada kekosongan tempat duduk...jadi, bolehlah aku dan rakan-rakanku duduk dengan selesa sementara nak sampai ke destinasi, iaitu stesen bas Shahab Perdana.

lebih kurang jam 3.30pagi, barulah kami tiba di Shahab Perdana. tak pernah aku naik bas dan jadi macam ni...apa-apa pun, itu adalah pengalaman...macam mana dengan korang? mesti ada pengalaman tersendiri kan???

apapun yang korang pernah hadapi, jadikan sebagai satu iktibar dan anjakan untuk memperbaiki diri... dikesempatan ini, aku nak memohon maaf dan menyusun sepuluh jari... ampunkan kesalahan yang pernah aku lakukan pada korang...moga aidilfitri ini membawa seribu erti...

akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...




Sekian... Wassalam...