Assalamualaikum...
Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan yang disambut di Malaysia... Biasalah, kalau dah namanya "raya",tentu ramai yang balik kampung untuk raikan perayaan ini bersama keluarga... Terutama kaum Cina. Tapi kaum Melayu dan India pun turut pulang ke kampung juga pada perayaan ini. Sebabnya dah dapat cuti, tentulah nak balik jumpa keluarga kan! Bagi pelajar universiti pula, nak balik untuk melepaskan kerinduan pada keluarga dan juga untuk melepaskan tekanan belajar di universiti. Tak lupa pelajar matrikulasi serta para pelatih PLKN!Semuanya balik ke kampung halaman masing-masing...
Apa dah jadi kalau semua pakat-pakat balik rumah? Tentulah jalan raya akan menjadi SESAK dan seperti biasa, akan berlakulah banyak kemalangan jalan raya... Dan nasib tak menyebelahi aku kali ini...
KENAPA?
Salah aku sendiri jugalah! Biasanya, apabila aku nak pulang bercuti di negeri jelapang padi aku ni, aku akan bagitahu umie untuk beli tiket bas pulang ke UPM. Namun pada kali ni, kesibukan serta ketensionan aku menyebabkan aku TERLAMBAT bagitahu umie... Jadi, dapatlah aku TIKET BAS TAMBAHAN... pada jangkaan aku, tak akan ada masalah lah dengan "bas tambahan" ni sebab aku TAK PERNAH lagi naik bas tambahan.
TAPI... MALANGNYA, sangkaan aku SALAH SAMA SEKALI!!!
Al-kisahnya bermula pada pukul 9.00pagi...
9.00pagi: bertolak dari rumah ke stesyen bas Shahab Perdana... Disebabkan bas adik aku pukul 10.00pagi dan aku pukul 11.00pagi, jadi kami pergi Shahab pukul 9.00pagi sebab takut jalan depan rumah aku ni sesak...biasanya jalan ni sesak! tapi ntah kenapa hari ni tak sesak pulak...
9.30pagi: pergi kaunter tiket untuk tanya tentang bas mana yang bakal adik aku naiki. Kaunter 21 cakap (kaunter boleh cakap? haha... orangnya lah!), pergi kaunter 27... TAPI, mana ada orang di kaunter 27!!! Tunggu punya tunggu, tak jugak orangnya sampai. Pergi kaunter 21 balik, Tanya mana orangnya? Dah dekat pukul sepuluh dah ni!
9.58pagi: orang di kaunter 27 baru datang. Dah la ramai orang nak tanya dekat kaunter ni!
10.00pagi: bas belum sampai...
10.30pagi: bas masih belum sampai!
10.45pagi: bas baru sampai...dan giliran aku pulak nak tanya kaunter tu bas apa yang aku kena
naik...terkedu aku baca tulisan yang ditulis oleh jari-jemari orang di kaunter yang tersebut!
11.00pagi: umie.....aku bagi umie baca apa yang orang tu tulis... “WRF 2571, kaunter 1,2.00pm”...PUKUL 2.00PETANG??? PUKUL 2.00PETANG!!! KENAPA TUNDAAAAAAA!!! Aku dah plan taknak sampai malam di Stesyen Bas Bukit Jalil nanti... kalau aku berteman, tak kisah lah..tapi aku seorang aje ni! Mesti aku akan sampai malam sebab jalan mesti sesak...
11.30pagi: bas adik aku baru bertolak...bas pukul 10.00pagi, tapi pukul 11.30pagi baru gerak..dah nama pun bas tambahan...jangan bas aku pun gerak lambat sudahlah! Aku bajet, dalam pukul 8.30malam aku sampai Bukit Jalil kalau bas tu bergerak tepat pukul 2.00petang + kesesakan jalan.
11.45pagi: pergi jumpa orang di kaunter 27. Nak negotiate pasal waktu bas dan kalau boleh nak tukar naik bas yang bergerak awal sikit... nego punya nego, tak dapat jugak..jadi terpaksa lah naik jugak bas pukul 2.00petang tu...
12.30tengah hari: pergi Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB Bank... (ada lawatan bank ke bank ke ni?) umie ada urusan sikit...
12.50petang: pergi KFC untuk makan tengah hari... dah habis makan (tak habis pun sebenarnya, yang lebih tu dibungkus!), terus la ke Shahab Perdana balik....
1.30petang: pergi kaunter 27, nak pastikan pasal bas ni.. orang tu cakap “adik pergi platform 1 (sambil tangan menunjukkan kea rah platform 1 untuk bas sekitar Kedah, bukan platform untuk bas ekspres...), adik tunggu situ. Jangan pi mana-mana pulak! Bas dah ada...”
1.40petang: aku pergi ke platform yang dinyatakan tu sambil kehairanan....kenapa platform 1, bukan 2? Dan kenapa dekat sini, bukan di tempat bas ekspres? Betul ke yang aku tengok dan dengar tadi? Memang betul lah! Sebab aku ada terdengar salah satu penumpang bas yang sama menyebut nombor plat bas tu...
1.55petang: bas belum datang...aiii!!! nak jadi macam kes adik aku tadi ke?
2.05petang: aku dan semua penumpang bas WRF 2571 diarahkan naik bas yang tak berapa nak cantik dan selesa yang sejak tadi ada depan mata kami. Katanya, “Kena naik bas ni dulu untuk pi Titi Gajah. Nanti sampai sana baghu tukaQ bas. Bas WRF 2571 tu dok kat workshop.”
2.15petang: bas bertolak dari Shahab untuk ke Titi Gajah. Bas yang aku naik ni “sangatlah selesa” untuk perjalanan jauh disertakan dengan lagu-lagu yang lirik dan rentaknya dikarang oleh besi-besi serta skru-skru yang terdapat pada bas ni. Dalam hati aku berharap agar bas ni akan benar-benar ditukar bila tiba di Titi Gajah. Jangan sampai bas ni jejak bumi KL sudah la!
2.35petang: Semua penumpang dah ada atas bas ekspress yang ada dekat Titi Gajah tu dah...Tapi masalahnya, barangbarang semua masih diluar sebab tempat barang ni tak dibuka. Pemandu bas pun tak ada!
2.50petang: ada bas baru datang ke tempat kejadian. Dan semua diarahkan untuk naik bas yang baru datang ni...salah bas rupanya? Patutlah tak ada pemandu. Tapi, bas yang baru datang ni pun bukan bernombor plat WRF 2571! Kenapa ye? Waktu semua dah ada dalam bas, orang yang tadinya jaga kaunter tu cakap, “Bas tak boleh turun Bukit Jalil, nani kena saman! Boleh turun Duta je.”.. APAA??!!!! Takkan lah aku nak turun dekat Hentian Bas Jalan Duta! Mana ada LRT atau monorel dekat situ....awal-awal taknak bagitahu..menyusahkan orang lah!!!
3.13petang: bas bertolak ke KL... kata pukul 2.00petang...akhirnya, pukul 3.00petang jadinya! Hatiku Cuma fikir satu jer, macam mana aku nak balik UPM? Naik teksi, seorang diri? Naik bas komuter UPM? Bas tu cuma ambil di Stesyen Komuter Serdang dan Mines aje...tidak di Duta... CONFIUS!!!
**Dalam bas memang aku asyik fikir pukul berapa aku akan sampai dan macam mana aku nak ke UPM. Sepanjang perjalanan, ada aje tempat yang sesak. Sebelum masuk negeri Pulau Pinang (masih dalam negeri Kedah) ada sedikit kesesakan. Bermula di Juru sampai ke Sungai Perak, memang sesak sepanjang jalan!!! Dalam bas, masih sempat aku mesej rakanku yang menaiki bas pada pukul 4.00petang. Dia ada jauh dibelakang aku. Katanya, bas macam tak bergerak pun. Yang aku pulak dah jadi macam ??? trafik dah, asyik melaporkan keadaan trafik pada dia. Di Sungai Perak, laluan untuk ke utara tinggal satu lorong aje. Lagi satu lorong tu dah jadi lorong untuk ke selatan. Mujurlah kesesakan jalan raya ni diubati dengan cerita yang ditayangkan oleh pembantu pemandu bas ni. Cerita yang bertajuk “SENARIO Asam Garam”...kelakarlah cerita ni! Tergelak aku sendirian dalam bas tu...harap-harap orang sebelah aku tak fikir pelik lah... hehe...Di R&R Sungai Perak ni pun ramai yang berhenti hinggakan tempat parkir bas pun dah jadi parkir kereta! Bas yang aku naiki ni berhenti rehat disitu selama setengah jam.
6.45petang: bas mula bertolak ke KL semula. Jalan nampaknya okay... tak sesak! =)
7.15malam: alamak!!! Jalan jadi sesak balik lah!!! Baru aje nak rasa lega...tiba-tiba kakak aku mesej, tanya aku dah sampai ke? Dan dia cadangkan aku supaya minta tolong pada makcik aku yang menetap di Sri Kembangan. Baru aku terfikir, “a’ah kan! Aku ka nada makcik dekat sini!!!” (Minta maaf ye makcik sebab terlupa pulak makcik ada kat KL...) bukan apa, bab susah-menyusahkan orang ni, aku tak berapa berkenan sangat...tapi nak tak nak, kena lah aku minta tolong jugak... takkan nak naik teksi seorang diri untuk balik UPM...lagi-lagi aku ni perempuan...BAHAYA...
8.00malam: jalan masih sesak... sekali lagi penumpang dihiburkan dengan tayangan filem, kali ini cerita “Mantra” pulak...cerita tentang ilmu hitam, pada waktu malam...elok sangatlah tu! Hahaha...
**Tengok cerita, tengok jugak! Tapi mata aku tak henti-henti mencari papan tanda. Aku nak tahu lokasi dimana aku sekarang supaya mudah aku nak anggarkan pukul berapa makcik perlu datang ambil aku..nak tahu apa yang aku nampak pada papan tanda tu??? “KUALA LUMPUR 230KM”..... aku dah lebih 5jam dalam bas ni! Sepatutnya aku dah tiba di Duta! TAPI, ADA LAGI SEPARUH perjalanan perlu ditempuhi!!! Memang takkan mungkin lah untuk tiba disana pada pukul 100.00malam! jadi, memang terpaksa jugaklah minta tolong makcik aku.. tiba-tiba bas ni keluar dari highway dan masuk jalan biasa...aku tak ingat dekat exit mana bas ni keluar. Aku pun dah penat mencari papan tanda untuk ketahui lokasi. Badan pun dah lenguh-lenguh. Mata pun dah semakin mengantuk dan letih. Maka aku pun tertidur..
2.30pagi: terjaga dari tidur...bas dah masuk highway balik...kini lokasi aku ialah di Sungai Buloh. Dah dekat... (^_^) bas ni ada berhenti di beberapa tempat untuk menurunkan penumpang atas permintaan penumpang itu sendiri.
3.00pagi: tiba di Hentian Duta...wah?!! 5 atau 6 jam perjalanan dah jadi 12JAM PERJALANAN!!! Apa yang aku fikir, tidur, tidur, tidur aje...
3.18pagi: tiba di Kolej 11, UPM dengan menaiki kereta pakcik aku(terima kasih pakcik dan makcik...dan maaf sebab menyusahkan pakcik makcik). Pintu pagar dah tutup dan ada dua orang pengawal terpacak depan ni... setelah disoal siasat, barulah dia buka pintu pagar ni.
3.23pagi: tiba di bilik aku. Tombol pintu yang berkunci itu kubuka. Tapi, pintu masih tak dapat dibuka sebab kakak sebilik denganku ini mengunci pintu dengan satu lagi tempat nak kunci bilik (susah nak terangkan). Jadi, terpaksalah aku ketuk-ketuk pintu tu sebelum dapat masuk. Mujurlah kakak ni mudah terjaga....
3.33pagi: zzzzzzzzz...... tidur lah aku dengan nyenyaknya. (^_^)
KESIMPULANNYA rakan-rakan, kalau dah tahu semua orang bercuti pada waktu yang berkenaan, beli lah tiket awal-awal ye?! Jangan sampai dapat tiket bas tambahan macam aku...macam-macam masalahnya! Perit perjalanan 12jam dalam bas + 5jam pembaziran waktu ni...semuanya, 17jam..... hmmm...
AKU SERIK UNTUK MENAIKI BAS TAMBAHAN~ dan AKU SERIK PULANG KE KL PADA WAKTU YANG ORANG LAIN PUN TURUT PULANG KE KL~
Sekian...
bEsT tAk bLog Ni?
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya k...
-
MAJLIS PELANCARAN PRODUK CHOCOLATA DE’ CLOUDS Bismillahir Rahmanir Rahim, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemb...
-
HIDUP INI ibarat roda... ada masanya diatas, ada masanya dibawah... tika berada di atas, jangan kita bermegah... kerana kita akan tetap mera...
Labels
.:.ceciter.:.
(10)
~berita
(3)
angan
(2)
BEST
(1)
brooch
(1)
cantik
(1)
fancy
(1)
gila~
(1)
homemade
(1)
impian
(2)
kenyataan?
(9)
keychain handphone
(1)
keychains
(1)
lirik lagu
(5)
MASAK
(1)
MASTERCHEF
(1)
moral dan pengajaran
(12)
novella~
(2)
panduan~
(12)
puisi?
(3)
Resepi
(4)
tips~
(3)
Aku?
- awanis
- 29 OKTOBER 1990: -konservatif- Anda sangat peka dan merupakan seorang yang tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggp degil.
*************************************************************************
Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~
*************************************************************************
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~