*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Sunday, February 27, 2011

Heliza_cuma aku

Assalamualaikum...


Aku saja nak kongsi lirik lagu ni...kalau korang tengok video klip lagu ni, Heliza tu sangatlah comel.. haha... Lagunya juga berbunyi comel~! Korang boleh tengok video klip nya di sini. Selamat menghayati lagu ni~!

Aku suka kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Tapi kamu tak suka aku

Aku kenang kamu
Aku bayangkan diri mu
Aku rindu kamu
Tapi kamu tak rindu aku

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Apa kata kamu
Mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku
Tapi kamu masih belum tentu

Untuk apa cinta
Jika tidak sudi
Untuk apa kasih
Jika tak memberi

Aku suka kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Tapi kamu tak suka aku

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Untuk apa cinta
Jika tidak sudi
Untuk apa kasih
Jika tak memberi

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Untuk apa cinta
Jika tidak sudi
Untuk apa kasih
Jika tak memberi

Mana ada cinta
Jika tiada rindu
Mana ada kasih
Jika tiada sayang

Friday, February 25, 2011

BERKONGSI DUIT SERINGGIT....

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak berkongsi duit seringgit dengan semua orang..khas untuk seorang sahabat ni yer...

RM1


dah kongsi dah...ambik la.,..
hehe...

Friday, February 18, 2011

APA ERTINYA CINTA?

Assalamualaikum...

Jom kita berkogsi tentang C.I.N.T.A... CINTA tu apa ya? Definisi cinta tu ialah lebih kurang macam “mempunyai perasaan suka dan kasih yang kuat pada seseorang”. Tapi hakikatnya, banyak yang kita harus fahami dari perkataan yang mempunyai lima huruf ini. Ia bukanlah sesuatu yang subjektif tetapi merupakan sesuatu yang mempunyai banyak definisi! Di bawah ni merupakan satu coretan yang aku cipta semasa aku berada di PLKN Kem D’Jelapang, Kubang Pasu, Kedah. Coretan ini aku tulis dalam buku log yang menyimpan seribu satu kenangan aku sewaktu di sana, yang juga merupakan buku yang amat aku sayangi. Jangan ditanya dari mana aku dapat idea sebab aku pun tak tahu... Tangan aku ni lancar aje menulis diwaktu aku kebosanan dalam dorm Seroja, dorm yang menempatkan para pelatih kumpulan Alpha.



Jika ditanya pada sang rembulan tentang apa ertinya CINTA, pasti jawabnya ialah “Cinta itu cantik bak purnama, sanggup menyinarkan cahaya dikala kegelapan...”

Jika ditanya pada sang mentari tentang apa ertinya cinta, pasti jawabnya ialah “Cinta itu ceria bak mentari pagi... Namun adakalanya, sinar cahayanya itu akan terbatas dek mendung kelabu...”

Jika ditanya pada si bunga di taman tentang apa ertinya CINTA, pasti jawabnya “Cinta itu segar... namun andai tak dibajai, ia kan layu menyembah bumi...”

Jika ditanya pada salju tentang apa ertinya CINTA, pasti jawabnya ialah “Ccinta itu suci dan sedingin kalbu di hati...”

APA ERTINYA CINTA bagi korang ya? ..........



Sekian...

Tuesday, February 15, 2011

5 cara memilih S.A.H.A.B.A.T~

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak berkongsi tentang lima cara memilih SAHABAT. Cara-cara ni bukan aku yang buat... Apa yang bakal aku kongsi kali ni ialah petikan dari satu artikel yang aku jumpa dari kotak-kotak buku matrikulasi kakak aku(selongkar je kerjanya! Hehe...) Ini merupakan nasihat seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Al-Qamah kepada anaknya. Harap dapatlah kita sama-sama ikuti nasihat ini ya?

.:. PERTAMA .:.
Pilihlah SAHABAT yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

.:. KEDUA .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu, ia suka menutupinya.

.:. KETIGA .:.
Pilihlah SAHABAT yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menganggap ia sangat beguna,

.:. KEEMPAT .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi.

.:. KELIMA .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu.

Itulah pesan dari Al-Qamar kepada anaknya... Aku pun tak la layak dianggap sebagai SAHABAT sebab ada diantara kelima-lima cara ni, aku tak buat. Aku tak sempurna, Semua orang tak sempurna. Tapi sama-samalah kita cuba menjadi SAHABAT yang baik ye? Bagi aku, S.A.H.A.B.A.T mempunyai pengertian yang berbeza daripada K.A.W.A.N.B.A.I.K, K.A.W.A.N dan R.A.K.A.N.

Bagi aku,

S.A.H.A.B.A.T merupakan seseorang yang mempunyai kelima-lima ciri diatas. Yang sentiasa ada
disaat kita susah dan senang. Sentiasa memahami kita, memberi ruang yang kita perlukan, melindungi dan menjaga kita, menghargai kita dan yang sewaktu dengannya lah!!!

K.A.W.A.N.B.A.I.K pula merupakan seseorang yang rapat dengan kita. Sentiasa ada dengan kita walau ke mana kita tuju. Sentiasa bersama walau apapun yang kita buat. Namun, kadangkala seorang kawan baik tak ada di saat kita buntu, tak memberi di saat kita perlu, tak memahami di kala kita kecewa, tak peduli di saat kita inginkannya. Itulah kawan baik bagi aku, tak sehebat sahabat.

K.A.W.A.N pula ialah seseorang yang kita kenal (sebagai contoh: kawan sekelas, yang ruangnya lebih kecil) yang selalu kita jumpa. Seseorang yang hanya akan cari kita bila mereka memerlukan kita, tapi mungkin tak akan membantu kita disaat kita perlu mereka.

R.A.K.A.N pula ialah seseorang yang kita tak berapa nak kenal (sebagai contoh: rakan sekolej, yang ruangnya lebih besar). Kita kenal mukanya, tapi mungkin tak tahu nama, atau mungkin sebaliknya. Jarang-jarang berjumpa. Kalau nak minta bantuan pun, dia takkan cari kita sebab kita ni tak ada kaitan pun dengannya.

Semua ni definisi secara kasar dari aku lah... Tak tahu lah korang mendefinisikan perkataan-perkataan diatas sebagai apa kan...! Apa-apa pun, sama-sama lah kita cuba menjadi SAHABAT, bukan saja SAHABAT, tetapi SAHABAT YANG BAIK agar kita bahagia, teman kita pun gembira, tiada hati yang terluka, tiada jiwa yang terhina, tiada rasa yang terkesima, tiada suara yang terkecewa.

p/s: Aku minta maaf kerana tak dapat jadi seorang sahabat yang baik.

Sekian...

Sunday, February 13, 2011

Kembali Terjalin oleh Slam

Assalamualaikum...

Ni lirik lagu "Kembali Terjalin" yang dinyanyikan oleh Slam... Sedap lagu ni... Mendengar lirik-liriknya membuat aku terfikir dan jauh disudut hati, ku berharap... Alangkah bagus andai "seseorang" ni dengar lagu ni dan tujukan lagu ni pada "seseorang"... Mari hayati liriknya~

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci

Thursday, February 10, 2011

Perjalanan yang perit~

Assalamualaikum...

Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan yang disambut di Malaysia... Biasalah, kalau dah namanya "raya",tentu ramai yang balik kampung untuk raikan perayaan ini bersama keluarga... Terutama kaum Cina. Tapi kaum Melayu dan India pun turut pulang ke kampung juga pada perayaan ini. Sebabnya dah dapat cuti, tentulah nak balik jumpa keluarga kan! Bagi pelajar universiti pula, nak balik untuk melepaskan kerinduan pada keluarga dan juga untuk melepaskan tekanan belajar di universiti. Tak lupa pelajar matrikulasi serta para pelatih PLKN!Semuanya balik ke kampung halaman masing-masing...

Apa dah jadi kalau semua pakat-pakat balik rumah? Tentulah jalan raya akan menjadi SESAK dan seperti biasa, akan berlakulah banyak kemalangan jalan raya... Dan nasib tak menyebelahi aku kali ini...

KENAPA?

Salah aku sendiri jugalah! Biasanya, apabila aku nak pulang bercuti di negeri jelapang padi aku ni, aku akan bagitahu umie untuk beli tiket bas pulang ke UPM. Namun pada kali ni, kesibukan serta ketensionan aku menyebabkan aku TERLAMBAT bagitahu umie... Jadi, dapatlah aku TIKET BAS TAMBAHAN... pada jangkaan aku, tak akan ada masalah lah dengan "bas tambahan" ni sebab aku TAK PERNAH lagi naik bas tambahan.

TAPI... MALANGNYA, sangkaan aku SALAH SAMA SEKALI!!!

Al-kisahnya bermula pada pukul 9.00pagi...

9.00pagi: bertolak dari rumah ke stesyen bas Shahab Perdana... Disebabkan bas adik aku pukul 10.00pagi dan aku pukul 11.00pagi, jadi kami pergi Shahab pukul 9.00pagi sebab takut jalan depan rumah aku ni sesak...biasanya jalan ni sesak! tapi ntah kenapa hari ni tak sesak pulak...

9.30pagi: pergi kaunter tiket untuk tanya tentang bas mana yang bakal adik aku naiki. Kaunter 21 cakap (kaunter boleh cakap? haha... orangnya lah!), pergi kaunter 27... TAPI, mana ada orang di kaunter 27!!! Tunggu punya tunggu, tak jugak orangnya sampai. Pergi kaunter 21 balik, Tanya mana orangnya? Dah dekat pukul sepuluh dah ni!

9.58pagi: orang di kaunter 27 baru datang. Dah la ramai orang nak tanya dekat kaunter ni!

10.00pagi: bas belum sampai...

10.30pagi: bas masih belum sampai!

10.45pagi: bas baru sampai...dan giliran aku pulak nak tanya kaunter tu bas apa yang aku kena
naik...terkedu aku baca tulisan yang ditulis oleh jari-jemari orang di kaunter yang tersebut!

11.00pagi: umie.....aku bagi umie baca apa yang orang tu tulis... “WRF 2571, kaunter 1,2.00pm”...PUKUL 2.00PETANG??? PUKUL 2.00PETANG!!! KENAPA TUNDAAAAAAA!!! Aku dah plan taknak sampai malam di Stesyen Bas Bukit Jalil nanti... kalau aku berteman, tak kisah lah..tapi aku seorang aje ni! Mesti aku akan sampai malam sebab jalan mesti sesak...

11.30pagi: bas adik aku baru bertolak...bas pukul 10.00pagi, tapi pukul 11.30pagi baru gerak..dah nama pun bas tambahan...jangan bas aku pun gerak lambat sudahlah! Aku bajet, dalam pukul 8.30malam aku sampai Bukit Jalil kalau bas tu bergerak tepat pukul 2.00petang + kesesakan jalan.

11.45pagi: pergi jumpa orang di kaunter 27. Nak negotiate pasal waktu bas dan kalau boleh nak tukar naik bas yang bergerak awal sikit... nego punya nego, tak dapat jugak..jadi terpaksa lah naik jugak bas pukul 2.00petang tu...

12.30tengah hari: pergi Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB Bank... (ada lawatan bank ke bank ke ni?) umie ada urusan sikit...

12.50petang: pergi KFC untuk makan tengah hari... dah habis makan (tak habis pun sebenarnya, yang lebih tu dibungkus!), terus la ke Shahab Perdana balik....

1.30petang: pergi kaunter 27, nak pastikan pasal bas ni.. orang tu cakap “adik pergi platform 1 (sambil tangan menunjukkan kea rah platform 1 untuk bas sekitar Kedah, bukan platform untuk bas ekspres...), adik tunggu situ. Jangan pi mana-mana pulak! Bas dah ada...”

1.40petang: aku pergi ke platform yang dinyatakan tu sambil kehairanan....kenapa platform 1, bukan 2? Dan kenapa dekat sini, bukan di tempat bas ekspres? Betul ke yang aku tengok dan dengar tadi? Memang betul lah! Sebab aku ada terdengar salah satu penumpang bas yang sama menyebut nombor plat bas tu...

1.55petang: bas belum datang...aiii!!! nak jadi macam kes adik aku tadi ke?

2.05petang: aku dan semua penumpang bas WRF 2571 diarahkan naik bas yang tak berapa nak cantik dan selesa yang sejak tadi ada depan mata kami. Katanya, “Kena naik bas ni dulu untuk pi Titi Gajah. Nanti sampai sana baghu tukaQ bas. Bas WRF 2571 tu dok kat workshop.”

2.15petang: bas bertolak dari Shahab untuk ke Titi Gajah. Bas yang aku naik ni “sangatlah selesa” untuk perjalanan jauh disertakan dengan lagu-lagu yang lirik dan rentaknya dikarang oleh besi-besi serta skru-skru yang terdapat pada bas ni. Dalam hati aku berharap agar bas ni akan benar-benar ditukar bila tiba di Titi Gajah. Jangan sampai bas ni jejak bumi KL sudah la!

2.35petang: Semua penumpang dah ada atas bas ekspress yang ada dekat Titi Gajah tu dah...Tapi masalahnya, barangbarang semua masih diluar sebab tempat barang ni tak dibuka. Pemandu bas pun tak ada!

2.50petang: ada bas baru datang ke tempat kejadian. Dan semua diarahkan untuk naik bas yang baru datang ni...salah bas rupanya? Patutlah tak ada pemandu. Tapi, bas yang baru datang ni pun bukan bernombor plat WRF 2571! Kenapa ye? Waktu semua dah ada dalam bas, orang yang tadinya jaga kaunter tu cakap, “Bas tak boleh turun Bukit Jalil, nani kena saman! Boleh turun Duta je.”.. APAA??!!!! Takkan lah aku nak turun dekat Hentian Bas Jalan Duta! Mana ada LRT atau monorel dekat situ....awal-awal taknak bagitahu..menyusahkan orang lah!!!

3.13petang: bas bertolak ke KL... kata pukul 2.00petang...akhirnya, pukul 3.00petang jadinya! Hatiku Cuma fikir satu jer, macam mana aku nak balik UPM? Naik teksi, seorang diri? Naik bas komuter UPM? Bas tu cuma ambil di Stesyen Komuter Serdang dan Mines aje...tidak di Duta... CONFIUS!!!

**Dalam bas memang aku asyik fikir pukul berapa aku akan sampai dan macam mana aku nak ke UPM. Sepanjang perjalanan, ada aje tempat yang sesak. Sebelum masuk negeri Pulau Pinang (masih dalam negeri Kedah) ada sedikit kesesakan. Bermula di Juru sampai ke Sungai Perak, memang sesak sepanjang jalan!!! Dalam bas, masih sempat aku mesej rakanku yang menaiki bas pada pukul 4.00petang. Dia ada jauh dibelakang aku. Katanya, bas macam tak bergerak pun. Yang aku pulak dah jadi macam ??? trafik dah, asyik melaporkan keadaan trafik pada dia. Di Sungai Perak, laluan untuk ke utara tinggal satu lorong aje. Lagi satu lorong tu dah jadi lorong untuk ke selatan. Mujurlah kesesakan jalan raya ni diubati dengan cerita yang ditayangkan oleh pembantu pemandu bas ni. Cerita yang bertajuk “SENARIO Asam Garam”...kelakarlah cerita ni! Tergelak aku sendirian dalam bas tu...harap-harap orang sebelah aku tak fikir pelik lah... hehe...Di R&R Sungai Perak ni pun ramai yang berhenti hinggakan tempat parkir bas pun dah jadi parkir kereta! Bas yang aku naiki ni berhenti rehat disitu selama setengah jam.

6.45petang: bas mula bertolak ke KL semula. Jalan nampaknya okay... tak sesak! =)

7.15malam: alamak!!! Jalan jadi sesak balik lah!!! Baru aje nak rasa lega...tiba-tiba kakak aku mesej, tanya aku dah sampai ke? Dan dia cadangkan aku supaya minta tolong pada makcik aku yang menetap di Sri Kembangan. Baru aku terfikir, “a’ah kan! Aku ka nada makcik dekat sini!!!” (Minta maaf ye makcik sebab terlupa pulak makcik ada kat KL...) bukan apa, bab susah-menyusahkan orang ni, aku tak berapa berkenan sangat...tapi nak tak nak, kena lah aku minta tolong jugak... takkan nak naik teksi seorang diri untuk balik UPM...lagi-lagi aku ni perempuan...BAHAYA...

8.00malam: jalan masih sesak... sekali lagi penumpang dihiburkan dengan tayangan filem, kali ini cerita “Mantra” pulak...cerita tentang ilmu hitam, pada waktu malam...elok sangatlah tu! Hahaha...

**Tengok cerita, tengok jugak! Tapi mata aku tak henti-henti mencari papan tanda. Aku nak tahu lokasi dimana aku sekarang supaya mudah aku nak anggarkan pukul berapa makcik perlu datang ambil aku..nak tahu apa yang aku nampak pada papan tanda tu??? “KUALA LUMPUR 230KM”..... aku dah lebih 5jam dalam bas ni! Sepatutnya aku dah tiba di Duta! TAPI, ADA LAGI SEPARUH perjalanan perlu ditempuhi!!! Memang takkan mungkin lah untuk tiba disana pada pukul 100.00malam! jadi, memang terpaksa jugaklah minta tolong makcik aku.. tiba-tiba bas ni keluar dari highway dan masuk jalan biasa...aku tak ingat dekat exit mana bas ni keluar. Aku pun dah penat mencari papan tanda untuk ketahui lokasi. Badan pun dah lenguh-lenguh. Mata pun dah semakin mengantuk dan letih. Maka aku pun tertidur..

2.30pagi: terjaga dari tidur...bas dah masuk highway balik...kini lokasi aku ialah di Sungai Buloh. Dah dekat... (^_^) bas ni ada berhenti di beberapa tempat untuk menurunkan penumpang atas permintaan penumpang itu sendiri.

3.00pagi: tiba di Hentian Duta...wah?!! 5 atau 6 jam perjalanan dah jadi 12JAM PERJALANAN!!! Apa yang aku fikir, tidur, tidur, tidur aje...

3.18pagi: tiba di Kolej 11, UPM dengan menaiki kereta pakcik aku(terima kasih pakcik dan makcik...dan maaf sebab menyusahkan pakcik makcik). Pintu pagar dah tutup dan ada dua orang pengawal terpacak depan ni... setelah disoal siasat, barulah dia buka pintu pagar ni.

3.23pagi: tiba di bilik aku. Tombol pintu yang berkunci itu kubuka. Tapi, pintu masih tak dapat dibuka sebab kakak sebilik denganku ini mengunci pintu dengan satu lagi tempat nak kunci bilik (susah nak terangkan). Jadi, terpaksalah aku ketuk-ketuk pintu tu sebelum dapat masuk. Mujurlah kakak ni mudah terjaga....

3.33pagi: zzzzzzzzz...... tidur lah aku dengan nyenyaknya. (^_^)

KESIMPULANNYA rakan-rakan, kalau dah tahu semua orang bercuti pada waktu yang berkenaan, beli lah tiket awal-awal ye?! Jangan sampai dapat tiket bas tambahan macam aku...macam-macam masalahnya! Perit perjalanan 12jam dalam bas + 5jam pembaziran waktu ni...semuanya, 17jam..... hmmm...

AKU SERIK UNTUK MENAIKI BAS TAMBAHAN~ dan AKU SERIK PULANG KE KL PADA WAKTU YANG ORANG LAIN PUN TURUT PULANG KE KL~

Sekian...