*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, February 15, 2011

5 cara memilih S.A.H.A.B.A.T~

Assalamualaikum....

Kali ni aku nak berkongsi tentang lima cara memilih SAHABAT. Cara-cara ni bukan aku yang buat... Apa yang bakal aku kongsi kali ni ialah petikan dari satu artikel yang aku jumpa dari kotak-kotak buku matrikulasi kakak aku(selongkar je kerjanya! Hehe...) Ini merupakan nasihat seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Al-Qamah kepada anaknya. Harap dapatlah kita sama-sama ikuti nasihat ini ya?

.:. PERTAMA .:.
Pilihlah SAHABAT yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

.:. KEDUA .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu, ia suka menutupinya.

.:. KETIGA .:.
Pilihlah SAHABAT yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menganggap ia sangat beguna,

.:. KEEMPAT .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi.

.:. KELIMA .:.
Pilihlah SAHABAT yang jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu.

Itulah pesan dari Al-Qamar kepada anaknya... Aku pun tak la layak dianggap sebagai SAHABAT sebab ada diantara kelima-lima cara ni, aku tak buat. Aku tak sempurna, Semua orang tak sempurna. Tapi sama-samalah kita cuba menjadi SAHABAT yang baik ye? Bagi aku, S.A.H.A.B.A.T mempunyai pengertian yang berbeza daripada K.A.W.A.N.B.A.I.K, K.A.W.A.N dan R.A.K.A.N.

Bagi aku,

S.A.H.A.B.A.T merupakan seseorang yang mempunyai kelima-lima ciri diatas. Yang sentiasa ada
disaat kita susah dan senang. Sentiasa memahami kita, memberi ruang yang kita perlukan, melindungi dan menjaga kita, menghargai kita dan yang sewaktu dengannya lah!!!

K.A.W.A.N.B.A.I.K pula merupakan seseorang yang rapat dengan kita. Sentiasa ada dengan kita walau ke mana kita tuju. Sentiasa bersama walau apapun yang kita buat. Namun, kadangkala seorang kawan baik tak ada di saat kita buntu, tak memberi di saat kita perlu, tak memahami di kala kita kecewa, tak peduli di saat kita inginkannya. Itulah kawan baik bagi aku, tak sehebat sahabat.

K.A.W.A.N pula ialah seseorang yang kita kenal (sebagai contoh: kawan sekelas, yang ruangnya lebih kecil) yang selalu kita jumpa. Seseorang yang hanya akan cari kita bila mereka memerlukan kita, tapi mungkin tak akan membantu kita disaat kita perlu mereka.

R.A.K.A.N pula ialah seseorang yang kita tak berapa nak kenal (sebagai contoh: rakan sekolej, yang ruangnya lebih besar). Kita kenal mukanya, tapi mungkin tak tahu nama, atau mungkin sebaliknya. Jarang-jarang berjumpa. Kalau nak minta bantuan pun, dia takkan cari kita sebab kita ni tak ada kaitan pun dengannya.

Semua ni definisi secara kasar dari aku lah... Tak tahu lah korang mendefinisikan perkataan-perkataan diatas sebagai apa kan...! Apa-apa pun, sama-sama lah kita cuba menjadi SAHABAT, bukan saja SAHABAT, tetapi SAHABAT YANG BAIK agar kita bahagia, teman kita pun gembira, tiada hati yang terluka, tiada jiwa yang terhina, tiada rasa yang terkesima, tiada suara yang terkecewa.

p/s: Aku minta maaf kerana tak dapat jadi seorang sahabat yang baik.

Sekian...

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~