*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, December 8, 2009

UmiEku AdA POWER???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

APA?? Umie aku ada POWER?!! Power macam mana tu? Superman? Batman? Spiderman? Catwoman? Atau Cicakman??? Ini sungguh menakutkan!!!

Haha…mengarutlah semua tu…bukan POWER macam tu yang aku nak cakapkan kat sini…saja je aku nak bagi gempak! Keh3x…sebenarnya, umie aku ada power boleh baca apa yang aku fikir…tapi bukan la macam ustaz-ustaz yang boleh tahu apa yang orang fikir…ini Cuma KEBETULAN semata-mata…

Macam ni sebenarnya…malam 6hb 12, aku dan umie aku pergi hantar adik aku ke pusat tusyen…dia ambil kelas untuk tahu skop dan cara-cara serta tips-tips untuk menjawab peperiksaan SPM bagi subjek terakhir, iaitu Kimia. Pukul 8.30 malam dah mula kelas…jadi, sesudah solat maghrib, terus dia bersiap dan makan…balik aje dari hantar dia, aku terasa ada SESUATU YANG TAK KENA dengan aku…fikir punya fikir, aku dah TAHU KENAPA!! Jadi aku cakap, “PATUT LA!!!”… Umie aku DENGAR…terus dia cakap, “awat? Patutla tak makan lagi eh?”…

TERKEJUT AKU!!! Baru je cakap “patut la”, umie aku dah tahu maksud ayat aku tadi tu…padahal, sebelum tu tak ada la pulak kami bercakap soal makan ataupun yang berkaitan…kami berdua hanya ketawa je dalam kereta… sampai rumah, aku terus makan…yelar…! Lapar…selalunya aku makan dengan adik aku yang sorang tu…

Itu cerita pertama…ni cerita 8hb pulak!! Sekali lagi aku dan umie pergi ambil adik aku kat sekolah dia, SMK MERGONG…harini, dia habis SPM laa…MERDEKA dah lepas sudah menjawah kertas terakhir yang tamat pada pukul 3.30 tu…dalam perjalanan pulang, aku terfikir sesuatu…kali ni, aku cakap pulak “hurm…ATIN SETUJU!” dengan tiba-tiba…NAK TAHU apa pulak yang umie jawab???

Haa…! Dia jawab… “setuju nak pisang goreng ka?”…kali ni lagi kuat aku gelak…lawak rasanya…sebab sekali lagi umie aku tahu apa yang aku fikir…YA! BETULLAH TU! Aku terfikir nak makan pisang goreng dengan tiba-tiba…yang PELIKNYA, macam mana umie tahu? Tak lalu depan gerai pisang goreng pun sebelum aku cakap tu…gerai goreng pisang yang ada pun jauh lagi…umie kata, “umie kan mak atin…umie tau laa…”

Hurm…tu la kan! Naluri seorang ibu yang memahami kehendak anak-anaknya…jadi, SAYANGILAH IBU ANDA…bukan saja ibu…MALAH BAPA anda juga ya!!

Sekian…trimas…

No comments:

Post a Comment

komen jangan tak komen~ (~supaya boleh ditambah-baikkan~) Kritikan membina? Pujian? Cadangan? Pendapat? Semua aku terima~