*************************************************************************


Tujuan blog ni dibuat ialah untuk aku berkongsi pendapat, cerita, pengalaman dan juga untuk aku meluahkan apa-apa yang terbuku dihati serta macam-macam lagi lah...!!! Harap korang enjoy lah ye... Tapi tak lah BEST sangat blog ni... Lepas baca tu, KOMEN lah sikit.... (^_^) Terima Kasih~


*************************************************************************

Tuesday, December 29, 2009

~ tELuk BatiK (^_^)


TELUK BATIK...bagi aku teluk batik ni best...cantik dan mendamaikan...

Sunday, December 13, 2009

6MM SKAJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku dalam proses mengumpul kawan-kawan SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS kelas 6MM tahun 2002...sesiapa rasa diri dia berkaitan dengan perkara tersebut, sila add aku di facebook aku…bagi sesiapa yang mengenali mereka-mereka ini, tolong suggest as friend kat aku ek...ataupun, inform aku...ada 48 orang ker 42 orang tah…tak ingat…urm…ada dah yang dah di add…tapi ramai lagi yang belum add….bagi yang takde nama, maaf ek…tak ingat lar….dah tua…hehe…bagi yang tersesat nama lam ni, huhu….maksudnya anda kawan waktu darjah 5 la kut…

1. AKU
2. FAHANA NABILA
3. HAJIRAH
4. HASNALIZA HARUN
5. ROHANI MUHAMED
6. ASYIKIN
7. ATIKAH SALLEH
8. AZLINDA RISTATY
9. FARAHIN
10. ATIKAH AHMAD
11. NADIAH FATEHAH
12. SYAZNI
13. ROHAYU
14. HIDAYU
15. HAMIZAH
16. AMIRA GHAZALI
17. NUR SYUHADA
18. FARHANA ROSLEE
19. FATIN AFIQAH
20. RODZIAH
21. IZZATI
22. SABRINA
23. BADARIAH
24. SAMIHAH
25. FARAH OOI
26. FARIZA
27. FARHANA FUAD
28. AMIRUL RIDZWAN
29. HAFIZUL IZZAD
30. MUHAMMAD IZAT
31. ZULHELMI
32. AMIN
33. AMZAR
34. SYAZWAN
35. IMAN
36. AMIRUL EFFENDI
37. LUQMAN HAKIM
38. FAUZI
39. RAZNAN
40. KHAIRUL NIZAM
41. FADHLI
42. IMRAN
43. FAIZOLMI

LET US GET IN TOUCH....OKAY....?

Sekian...trimas...

Friday, December 11, 2009

MARi MAKAN DADiH (^_^)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Waktu aku menaip ni, aku baru aje sudah buat dadih...DADIH BERPERISA MANGGA...pelik kan? selalunya kalau beli kat pasar malam, ada jual perisa STRAWBERI, JAGUNG, COKLAT dan ASLI aje...tapi yang ini MANGGA...hahaha....

Semuanya tak mustahil dengan teknologi yang makin pesat membangun ni...bak kata orang putih, "anything is possible!!"...

Dadih yang aku buat ni ialah yang segera punya...aku tak tahu buat dadih cara tradisional...tapi dulu ada jugak umie aku buat yang tradisional ni...guna susu lembu...tapi aku tak ingat macam mana...lagipun, lebih baik aku ingat cara buat dadih yang segera ni...ternyata LEBIH MUDAH!!

Dadih yang aku buat ni KHAS UNTUK KAK aku...haritu, 
sebelum dia balik rumah mak mertua dia, dia ada mintak aku buat dadih...sebab dia ada jugak nak buat dadih, tapi tersalah beli...dia beli JELI...macam mana nak jadi DADIH kan!? hehe...

Aku gunakan dadih berjenama HAPPY GRASS...sebab yang ini yang kawan aku perkenalkan dekat aku...ALYA namanya...dia cakap yang ini sedap...pernah juga aku guna dadih jenama lain...tapi kurang best laa....


Bahan-bahan yang deperlukan hanyalah seperti di dalam gambar-gambar kat bawah ni....






susu sejat satu tin...tak kisah la F&N ker aper ker...










gula 100gram tau...kasi lebih sikit pun tak per...









air 3000ml...tapi nasihat Alya(kawan aku tadi), dia cakap bagi lebih sikit air tu...supaya dadih tak keras nanti...sedap sikit makan...








susu tepung ni tak payah letak pun tak per...tapi nasihat Alya, dia suruh letak...supaya lebih sedap...









Gambar kat tepi ni menunjukkan cara-cara nak buat dadih tu...









Ni pulak SEWAKTU PROSES MEMASAK DADIH dilakukan...







dan ini....dadih yang telah siap!!!

satu paket dadih HAPPY GRASS ni boleh menghasilkan 24 bekas dadih yang dijual pada harga seringgit kat pasar malam...cuba bayangkan...kalau nak beli 24bekas dadih dekat pasar malam,dah RM24 deperlukan...kalau si peniaga bermurah hati, mungkin dapat RM20 aje...tapi kalau BUAT SENDIRI?? dadih baru RM5...susu sejat RM1.20, gula, air, dan susu tepung lebih kurang RM1...tak sampai RM10 untuk dapatkan 24bekas dadih...jimat kan??!! aku tertanya-tanya juga, peniaga dadih ni buat dadih segera atau tradisional ek???hurm...

Apa-apa pun, jom makan dadih!!! kak balik cepat...kang habis...haha

Sekian...trimas...

Tuesday, December 8, 2009

UmiEku AdA POWER???

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

APA?? Umie aku ada POWER?!! Power macam mana tu? Superman? Batman? Spiderman? Catwoman? Atau Cicakman??? Ini sungguh menakutkan!!!

Haha…mengarutlah semua tu…bukan POWER macam tu yang aku nak cakapkan kat sini…saja je aku nak bagi gempak! Keh3x…sebenarnya, umie aku ada power boleh baca apa yang aku fikir…tapi bukan la macam ustaz-ustaz yang boleh tahu apa yang orang fikir…ini Cuma KEBETULAN semata-mata…

Macam ni sebenarnya…malam 6hb 12, aku dan umie aku pergi hantar adik aku ke pusat tusyen…dia ambil kelas untuk tahu skop dan cara-cara serta tips-tips untuk menjawab peperiksaan SPM bagi subjek terakhir, iaitu Kimia. Pukul 8.30 malam dah mula kelas…jadi, sesudah solat maghrib, terus dia bersiap dan makan…balik aje dari hantar dia, aku terasa ada SESUATU YANG TAK KENA dengan aku…fikir punya fikir, aku dah TAHU KENAPA!! Jadi aku cakap, “PATUT LA!!!”… Umie aku DENGAR…terus dia cakap, “awat? Patutla tak makan lagi eh?”…

TERKEJUT AKU!!! Baru je cakap “patut la”, umie aku dah tahu maksud ayat aku tadi tu…padahal, sebelum tu tak ada la pulak kami bercakap soal makan ataupun yang berkaitan…kami berdua hanya ketawa je dalam kereta… sampai rumah, aku terus makan…yelar…! Lapar…selalunya aku makan dengan adik aku yang sorang tu…

Itu cerita pertama…ni cerita 8hb pulak!! Sekali lagi aku dan umie pergi ambil adik aku kat sekolah dia, SMK MERGONG…harini, dia habis SPM laa…MERDEKA dah lepas sudah menjawah kertas terakhir yang tamat pada pukul 3.30 tu…dalam perjalanan pulang, aku terfikir sesuatu…kali ni, aku cakap pulak “hurm…ATIN SETUJU!” dengan tiba-tiba…NAK TAHU apa pulak yang umie jawab???

Haa…! Dia jawab… “setuju nak pisang goreng ka?”…kali ni lagi kuat aku gelak…lawak rasanya…sebab sekali lagi umie aku tahu apa yang aku fikir…YA! BETULLAH TU! Aku terfikir nak makan pisang goreng dengan tiba-tiba…yang PELIKNYA, macam mana umie tahu? Tak lalu depan gerai pisang goreng pun sebelum aku cakap tu…gerai goreng pisang yang ada pun jauh lagi…umie kata, “umie kan mak atin…umie tau laa…”

Hurm…tu la kan! Naluri seorang ibu yang memahami kehendak anak-anaknya…jadi, SAYANGILAH IBU ANDA…bukan saja ibu…MALAH BAPA anda juga ya!!

Sekian…trimas…

...bOsan @ bOring...

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Siapa tahu maksud bosan @ boring ni? Siapa yang tak tahu tu, memang hidup dia penuh dengan aktiviti lah tu! Nak tahu kenapa aku bercakap tantang bosan pulak kali ni? Sebabnya satu saja…sebab aku BOSANLAH!!! Dah habis tak tahu nak buat apa…jadi aku tulis la tentang bosan @ boring ni…ni kan blog aku…suka hait aku la kan nak tulis apa pun… lagipun, kat bawah nama blog aku (CORETAN HIDUPKU) tu ka nada tulis…”apa-apa aku nak tulis,aku tulis lah!’…jadi, aku tulis jelah! Haha…aku dah merapu sampai mana ni? Cukuplah dulu setakat ni aku cakap tentang boring ni…nanti aku rasa bosan @ boring lagi, aku merepek lagi kat blog aku ni eh…hahaha…

Sekian…trimas…

Monday, December 7, 2009

IKAN BiKiNi BOTTOM

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Aku nak sembang pasal ikan dalam akuarium rumah aku lah! Bukannya kisah SPONGEBOB SQUAREPANTS tu…aku suka panggil akuarium tu BIKINI BOTTOM…entah kenapa entah!!! Apa-apa pun, aku suka ikan-ikan, pokok-pokok, pasir-pasir dan batu-batu dalam akuarium nih! Kesimpulannya, AKU SUKALAH AKUARIUM ni secara KESELURUHANNYA! Sebab apa??? SEBAB……aku yang beli ikan guna duit aku…aku yang cuci akuarium tu…aku yang cat kaki akuarium tu..tapi bukan aku seorang…tentulah aku dan adik aku yang sorang tu! Dia yang cakap dekat aku, “Tin, jom kita cuci akuarium tu. Pastu kita beli ikan…”…esoknya, terus kami dua orang CUCI AKUARIUM tu…tanpa disuruh! Selalunya, kami akan cuci akuarium tu hanya bila abang-abang kami yang suruh…buat dalam keadaan terpaksa…ikan-ikan tu pun, abang-abang yang bela…tapi kali ni, kami bersihkan segalanya yang patut dibersihkan dengan PENUH SEMANGAT! Haha…bukan tu saja…lepas sudah mencuci, aku dan adik lelaki aku tu mengecat pulak kaki akuarium ni kat belakang rumah. Memang best…dengan anginnya…dengan sawah padinya (walaupun padi tak menjadi sebab ada technical problem sikit...

gambar ni gambar lama...)dengan bunyi burung-burung lagi…sekejap saja kami siap mengecat…

Habis mengecat, kami ke kenduri bersama umie…BALIK KENDURI, TERUS kami ke kedai ikan...buat apa lagi! BELI IKAN ler!!macam-macam ikan kami beli…comel-comel ikan tu…yang lawak pun ada! Kami beli pokok hidup…pasirnya…baja untuk pokok…semua ni perlu kami beli sebab yang dah ada dulu, dah hilang dan rosak…lagipun tak cantik…kali ni, kami nak akuarium ni jadi CANTIK! Dah habis beli, balik rumah terus kami letak akuarium tu ditempat yang sesuai kat dalam rumah…kaki yang dicat bewarna hitam tadi dah pun kering sebab ada angin yang kuat dan pancaran matahari barat…punya la semangat, TERLUPA pulak nak basuh terlebih dahulu pasir yang dibeli tu! Air dan anti-klorin yang sudah dibubuh tu, KIRA MEMBAZIR ajelah sebab air dah jadi hitam sebab pasir yang MASIH KOTOR tu… jadi, air tu terpaksa kami buang semula…hurm…siap segala proses menyediakan akuarium, jadi kami lepaslah ikan-ikan YANG COMEL TU(subhanallah…) dah tu, APA LAGI!!! Melekat la kami depan akuarium tu…ASYIK DENGAN IKAN-IKAN tu…tengok mereka BERENANG kesana kemari…tapi aku lebih suka guna perkataan TERBANG bagi menggantikan perkataan berenang tu…kan KONSEP BIKINI BOTTOM! Hehe…

MACAM-MACAM GELAGAT ikan yang ada…kalau WAKTU KANAK-KANAK lagi, aku suka tengok ikan tu dekat-dekat…sampai selalu kena marah lah sebab kotorkan cermin akuarium tu dengan minyak-minyak yang ada kat muka ni…tapi sekarang tak lagi…aku jaga betul-betul kebersihan akuarium tu…umie aku pun seronok pulak jadinya bila tengok IKAN-IKAN tu ‘TERBANG’…hehe…lepas tu, ada lagi umie aku sponsor untuk cantikkan lagi akuarium tu…walaupun tak begitu MEMPERSONAKAN, aku tetap seronok dengan hasilnya…

Sekian, trimas…

Wednesday, December 2, 2009

kucing yang comel~

assalamualaikum dan salam sejahtera...

kucing...semua tahu apa itu kucing...kalau tak tahu, tipu lah tu...urm...ni kat sebelah ni ada contoh rupa kucing kalau nak tahu apa rupa kucing...aku suka kucing!suka sangat-sangat...comel... manja...tenang je tengok gelagat kucing ni...salah satu cara nak hilangkan tension aku...aku membesar dengan kucing...tak lengkap rasanya hidup tanpa kucing...pernah dulu aku disuruh memberi nama pada seekor kucing ni...waktu tu aku kecil lagi...umur beberapa tahun jer...NAK TAHU AKU BAGI NAMA APA KAT KUCING YANG TAK BERSALAH TU?aku bagi nama PONGEK!!!haha...ntah dari mana aku dapat perkataan tu?aku tak tahu.kesian kucing tu dapat nama yan pelik macam tu...ada lagi...!!umie aku suruh aku bagitahu makcik aku,"letak nama kucing ni BEAUTY..."...tapi aku bagitahu makcik aku suruh bagi nama kucing tu BETTY instead of BEAUTY...satu lagi penyelewangan nama...haha...urm...kalau aku cerita pasal kucing,takkan habis sampai bila-bila punyer lah...so,stop takat ni cukup lah ya!bawah ni ada gambar-gambar kucing yang pernah dan sedang aku bela...kucing-kucing ni tak fotogenik,jadi nampak tak comel sangat...ada yang comel,tapi aku kena scan dulu sebab gambar tu gambar filem punya...takde lagi gadget yang dipanggil camera digital neh kat rumah aku waktu tu...kalau aku rajin,aku scan dan upload lah!

nyum nyum nyum!!ni kucing mak sedara aku sebenarnya...nama BOBOI...
ni CADRINA dan anak-anak beliau...
yang ni PUSHY...nenek aku lar tu yang bagi nama secara tak sengaja...tengok kamus, "pushy" ni maksudnya mendesak...dan memang kucing ni suka desak-desak orang pun!
ni anak-anak MIMIE...
yang ni MIMIE...abah aku ambil dari kawan dia...comel warna kucing ni...
kucing ni kucing yang aku bela kat matrik dulu...aku dan roomate aku bela dia..namanya COMEL sebab tak tahu nak bagi nama apa...pastu macam mana ntah,kucing ni hilang,tak dapat dikenal pasti kemana...=(
MIMIE pakai topi...aku suka tengok gambar MIMIE yang ni...nampak comel jer...hehe..

sekian...trimas

Tuesday, December 1, 2009

...penantian satu penyiksaan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini aku nak nukilkan sebuah puisi pula. Puisi tentang penantian yang entah kemana penghujungnya, aku pun tak tahu. Entah macam mana aku boleh jumpa puisi ni pun buat aku pelik. Puisi yang tak menarik tapi ada maksudnya. Apa maksudnya? Jom kita sama-sama salami… zassss…layaaannn!!!

Penantian?
Ahh…!!! Memang benar penantian itu satu penyiksaan.
Penyiksaan batin terukir tika menanti.
Walau seketika tapi tetap terluka.
Walau tak kemana tapi tetap juga terluka!
Aku penat menanti.
Bukan aku tak cinta.
Tapi hati ini sakit dipermainkan cinta.
Bukanku tak sudi.
Tapi ingin kulihat tingkah lakumu.
Menduga kasihmu padaku.
Tapi kasihmu tampak pudar.
Kian pudar dan terus pudar dimamah masa yang tak kenal erti berhenti.
Siangku penuh duka walau wajah ceria bak gula.
Malamku resah.
Sepi tanpamu.
Sepi merinduimu.
Kesepian tanpamu menemani tidurku.
Apakah aku melakukan khilaf padamu?
Apakah dirimu tidak lagi mencintaiku?
Apakah dirimu tidak menginginkanku lagi?
Aku langsung tak mengerti.
Tolonglah sayangku…
Beri aku satu jawapan yang bisa buatku menangis.
Menangis terharu, bukan menangis menahan pedih dihati.
Jujurlah padaku sayang…
Jika itu yang kaukata itu lahir dari jiwa halusmu, aku pasrah.
Aku redha.
Pasrah dalam redha.
Redha dalam penantian.


Sekian…trimas…

Monday, November 30, 2009

OMBAK RINDU - sampai habis punyer...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Inilah coretanku yang pertama...aku ingin bicarakan
mengenai novel...atau lebih khususnya, novel OMBAK RINDU...sebut sahaja "novel", aku percaya ramai remaja menggilainya, terutamanya remaja perempuan...mereka sepastinya punyai novel, baik novel berbahasa inggeris mahupun dengan bahasa ibunda pertiwi kita. Namun aku? Aku lain dari yang lain...aku tidak meminati novel...minat membaca pun aku tak ada...inikan pula nak baca novel yang tebal tu,j angan haraplah! Kalau aku baca surat khabar, hanya tajuknya sahaja kubacai. Sesekali, aku baca juga isinya. Tapi pada permulaan sahaja. Itupun kalau berita itu menarik perhatianku untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi. Jika ruangan kartun, pasti aku akan berhenti lama membelek ruangan itu. Aku sukakan kartun sama ada yang dilukis, yang bergerak mahupun yang 3D. Ya...macam budak-budak kan?! Tapi usiaku sudah pun 19 tahun satu bulan...sudah cukup untuk seorang remaja seperti aku meninggalkan dunia khayalan kartun ni. Hehe...

Erm..mengimbas kembali suatu ketika dulu. Aku berada ditingkatan 1 ke 2 ke, aku tak ingat...ketika itu, aku menetap di asrama sekolahku, yang kini sudah menjadi salah sebuah sekolah kluster di Malaysia..."Novel ni best giler!"...masih kuingat kata-kata itu, kata-kata yang diujarkan oleh salah seorang temanku diasrama...dia telah membaca novel OMBAK RINDU tu...malah dia juga memiliki novel tersebut! Novel dipasskan dari satu tangan ke tangan yang lain. Sampai satu tahap, ceritera cinta suka duka Izzah dan Hariz tidak dapat dibendung lagi. Aku kesitu,cerita OMBAK RINDU…kesana,OMBAK RINDU lagi…kesini pun OMBAK RINDU menjadi bualan teman-teman sebaya denganku. Agaknya dah ramai membaca novel itu sampai terbawa-bawa kedunia nyata ni. Ada yang tak puas hati dengan Hariz…ada yang ingin menjadi Izzah…aku pun tak faham mengapa ini terjadi.

Aku cuba membaca buku yang lebih kurang setebal satu inci tersebut apabila tiba giliranku. Tidak dinafikan plot penceritaan OMBAK RINDU memang menarik. Tapi ketebalannya (yang mungkin tidak setebal mana bagi peminat novel) telah menghalang aku dari terus menyusuri liku-liku kehidupan Izzah. Kekangan masa juga menghalangku dari meneruskan niatku untuk memupuk minat membaca. Hampir sebulan kupinjam novel itu untuk menghabiskan pembacaanku yang hanya setakat tidak sampai 20 muka surat pun. Mahu terus membaca hingga keakhir, aku kuatiri ramai yang tidak akan berkesempatan membaca novel itu kerana dah nak tiba hujung tahun pada ketika itu. Ada juga yang memaksa aku supaya memberi pinjam buku itu terlebih dahulu pada mereka. “esok jugak aku boleh bagi balik kat hang. Aku baca sat ja!”, kata-kata itu amat mengejutkan aku. Terdetik dihatiku, bagaimana mereka boleh menghabiskan pembacaan dalam hanya satu malam? Aku akui bahawa aku memang lambat membaca. Tidaklah lambat seperti budak tidak tahu membaca, tapi lambat dari rakan-rakan yang lain kerana setiap perincian perkataan aku baca. Tidak ada satu pun yang terlepas dari pandangan mataku. Mungkin itulah sebabnya aku lambat membaca. Aku tak suka langkau-langkau nih! Aku malas lagi hendak membaca novel OMBAK RINDU tu, jadi aku passkan orang selepas aku.

Dua tiga hari selepas itu, temanku menghulurkan aku sebuah novel yang hanya separuh tebal dari OMBAK RINDU. “cubalah baca. Buku ni tak tebal sangat. Best! Try la…”…aku ambil sajalah buku itu. Lagipun tiada orang selepas aku. Tak la aku tergesa-gesa sangat nak menghabiskan pembacaanku. Afiqah sememangnya merahsiakan kewujudan novelnya itu. Dia tak ingin kehilangan novel miliknya lagi. Baru sehelai aku membaca, aku tertarik untuk terus membaca dan membaca. Bukunya yang nipis meningkatkan semangatku untuk terus membaca hingga ke akhir cerita. Memang best novel tu. Tapi malangnya aku tak ingat apa tajuk novel itu untuk aku cadangkan pada korang semua. Bukan setakat tajuk, ceritanya berkisahkan apa pun aku dah terlupa! Inikan pula nak diingatkan nama penulisnya, lagi lah aku tak tahu sebab aku memang tak tahu menahu tentang dunia khayalan yang seakan-akan realiti ini – dunia novel.

Hurm…hasrat nak meningkatkan minat membaca terhenti setakat itu sahaja. Masuk tingkatan tiga, aku masih lagi malas membaca. Tapi aku lebih rajin dari segi pelajaran berbanding tingkatan satu dan dua kerana aku dah keluar dari asrama. Keputusan PMR ku juga memuaskan aku walaupun tak cukup lagi satu A je lagi! Tapi padanlah dengan usahaku, tak seperti ditingkatan 1 dan 2 dimana aku sering fail dan juga mendapat nombor yang agak tercorot. Aku bersyukur. Berbalik kepada coretan OMBAK RINDU, seminggu yang lepas, sebelum HARI RAYA AIDILADHA, temanku di universiti mengajak aku keluar. Boring katanya. Aku turuti sahaja ajakan Azie tu. Lagipun, bagus juga! Dapat aku berjalan-jalan disekitar Bandaraya Alor Setar ni! Kalau tak, terperap dalam rumah sajalah, jadi tukang masak sepenuh masa.

Setelah bersetuju, Azie memandu kereta Storm milik ayahnya ke Star Parade atau lebih dikenali sebagai Pacific. Aku ada tujuan juga kesitu iaitu mencari kain ntuk umieku tercinta. Penat berjalan, kami ke food court untuk makan tengah hari. Kemudian ke kedai buku POPULAR yang sememangnya popular pula. Azie ke ruangan novel dan aku mengikuti dia. Aku sememangnya tiada apa-apa nak dibeli disitu. Tetapi tiba-tiba terlintas difikiranku untuk membeli juga mana-mana novel. Tujuanku bukan untuk meningkatkan minat membaca lagi. Tetapi bertujuan untuk menganalisa corak penceritaan penulis-penulis novel kerana aku ingin menyiapkan novel yang aku cipta sejak dari tingkatan dua lagi. Novel aku tu sering tertangguh-tangguh penceritaannya. Buku notaku itu dibelek semula setelah aku terpandang buku tersebut. Nak tergelak juga aku dengan cerita yang kucipta sendiri. Bukan plotnya tidak menarik, tapi bahasa yang kugunakan macam budak darjah enam punya bahasa! Budak darjah enam pun mungkin lebih sedap bahasa sasteranya.

Cuti semester yang hampir dua bulan ini ingin kugunakan untuk menulis semula novel yang kukaryakan itu. Akanku siapkan dah cetak. Tapi aku perlu betulkan bahasaku terlebih dahulu! Jadi tanpa ragu-ragu, aku nekad nak membeli mana-mana novel untuk dijadikan panduan membetulkan bahasa kebudak-budakkan ku ini. Aku membelek-belek novel yang ada didalam POPULAR tu. Mataku tertumpu pada novel yang berkulit ungu. Tulisan tajuknya bewarna keemasan. Tertera nama FAUZIAH ASHARI dibawah tajuk novel tersebut. Ya! OMBAK RINDU! Dahulu pernah aku ketahui tentang novel ini! “Azie, novel ni best kan?”Soalku pada Azie sambil menunjukkan novel tersebut. Setelah dia mengangguk, aku terus mengambil buku tersebut tanpa keraguan!

Aku mesti siapkan novel ciptaanku! Aku nekad walaupun tahu bahawa aku tidak mungkin berjaya membacanya hingga ke muka surat terakhir. Apa yang penting, aku dapat mempelajari gaya penulisannya! Aku berfikir sendiri. Sepulangnya aku ke rumah, aku terus membaca novel itu. Pada permulaannya, memang aku perhatikan corak bahasa dan ayat yang penulis gunakan. Tapi semakin jauh aku melayari kisah percintaan itu, semakin jauh aku hanyut dari tujuan asal. Masa lapangku digunakan untuk menghayati setiap cerita hidup dalam OMBAK RINDU. Kadang-kadang kurasai seolah-olah akulah Izzah. Kadang-kadang seolah-olah Mila juga! Aku sememangnya terbawa-bawa dengan cerita itu di dalam kehidupanku yang nyata, seperti rakan-rakanku suatu ketika dahulu la jugak! Haha…bila tiba babak pertengkaran,aku membaca dengan pantas – suspend la katakan… sewaktu babak-babak sedih, aku turut menitiskan air mata. Aku simpati tapi tetap kagum dengan kesabaran dan kelembutan Izzah. Macamlah Izzah ni wujud! Tapi aku tetap kagum!

Aku juga tabiklah pada FAUZIAH ASHARI ni! Pandai dia mengorak langkah kisah cinta OMBAK RINDU ni. Tak membosankan, LANGSUNG!!! Kan bagus jika bahasaku seperti bahasa beliau. Apa-apa pun, pembacaan aku terhadap OMBAK RINDU ni sedikit sebanyak memupuk minatku dalam membaca dan ia turut juga memberi aku idea dalam mencorakkan bahasaku dalam novelku kelak. Walaupun coretanku ini mungkin masih berbau kekanak-kanakkan, aku akan terus cuba memperbaikinya. TERIMA KASIH BUAT FAUZIAH ASHARI yang menulis novel yang bisa menggugurkan air mata aku dengan ketabahan Izzah. Dan SYABAS JUGA BUAT AKU kerana berjaya membaca hingga ke pengakhiran cerita dalam masa tidak sampai satu minggu. Haha…tak sia-sia aku beli novel ni…

Sekian…trimas…

OMBAK RINDU

hah!!!penat aku tulis panjang giler!!dah nak sampai penghujung dah!tiba2hilang pulak semua!!!!hilang mood aku..huhuk...syedihnyer...nanti lar rajin aku tulis lain coretan kisah novel Ombak Rindu ni...